Skip to main content

Char Kuew Tiaw Di Kampung Pelet, Memang Terbaik!

Suami masih lagi cuti pada hari ini.Maka kami sekeluarga balik kampug di Pokok Sena, Kepala Batas.

Hari ini mak mentua masak kari ikan masin (ikan talang).Kalau bukan kerana masih lagi kenyang, berpinggan pinggan Ms J makan.Almaklumlah kari ikan masin bersama sambal belacan memang sedap!

Lepas maghrib saja ajak suami keluar makan lagi.Tapi tak tahu nak makan apa.hehe.

Last last adik ipar suggest pergi makan char kuew tiaw di Kampung Pelet.Maka pergilah kami sekeluarga lepas maghrib tadi.

Kali ini kami order char kuew tiaw banjir. Dalam menunggu tak sabar pula rasa nak makan.Tengok orang sebelah makan macam best je.



Akhirnya sampai juga makanan kami.Masa menunggu tak ada la lama sangat, Ms J rasa dalam 10-15 minit.Mungkin juga sebab orang masih lagi tak ramai.

Ms J tengok chefnya pun ramai.Dalam 3 orang.Mungkin juga sebab inilah servisnya cepat.

Makan sepinggan rasa kenyang sangat.Biasanya makan char kuew tiaw kan kecil je portionnya, tapi yang ni besar.Udang pula ada dalam 5 ekor satu pinggan.


Satu pinggan ada 5 ekor udang..hehe
Woww rasa berbaloi sangat, banyak dan mengenyangkan. 

Korang patut cuba, berbaloi baloi.Lepas ini akan datang lagi di kedai ini.Sangat memuaskan.Kalau tanya Ms J berapa bintang Ms J boleh bagi, Ms J bagi 5 bintang!hehe

Jom layan suami, anak, dan keluarga Ms J makan.hehe








Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...