Skip to main content

Jalan Jalan Bersama Keluarga Di Tanjung Dawai

Assalamulaikum dan selam sejahtera.

Rasanya sudah lama tidak isi masa bersama keluarga ini. Jadi minggu lepas Ms J plan bersuami suami ke Tanjung Dawai.

Niat sebenarnya hanyalah membeli ikan masin untuk mak Ms J di Kelantan. Orang kata nak cari ikan masin yang murah-murah datang kat Tanjung Dawai ini.


Oleh kerana Ms J tak berapa arif sangat mengenai ikan masin ni, maka Ms J bawak mak mentua sekali pergi. Lagipun mak mentua Ms J ni dah biasa datang sini, orang kata dah regular customer.hehe

Maka, mak mentua Ms J bawak Ms J ke kedai K.Ta. Kedainya terletak di tingkat atas sepanjang bangunan kedai tersebut.

Semasa Ms J pergi, ramai sangat orang sampai tak terlayan tuan kedainya. Ms J pun suka jugak datang kedai K.Ta ini sebab beliau seorang yang peramah.Boleh di katakan dengan semua orang beliau sembang.

Apa yang Ms J cari adalah ikan masin ikan talang. Pertama kali tengok ikan ni, besar sangat. Lalu Ms J ambil yang sederhana besar, beratnya 1.8 kg. Dan harga dalam RM 30.

Mak mentua Ms J pula ambil dua ekor. Katanya ikan ni boleh simpan.Nanti nak masak senang ambil je.Dan kalau beli kat luar tak dapat harga semurah ini.

Selain ikan masin, banyak lagi hasil laut yang dijual disini, Contohnya seperti ikan bilis, kerang kering, sotong kering, udang kering, keropok lekor, belacan, dan bermacam-macam lagi.



Lagi satu Ms J suka kat sini sebab tak panas. Dari kedai K.ta itu angin berderu-deru masuk sebab kat belakang tu adalah Pantai Merdeka.Best sangat!

Selepas siap membeli belah, kami turun di tingkat bawah untuk menikmati minuman dan makanan. Kat sini juga ada pelbagai jenis makanan goreng-goreng, mee udang, laksa dan nasi ayam.

Tapi oleh kerana agak kekenyangan pada petang itu, Ms J hanya makan nasi goreng kampung kongsi bersama anak Ms J.

Makanan kat sini tak adalah sedap, tapi boleh tahan la.Ms J boleh bagi hanya 3 bintang.hehe

Selepas bertolak balik, mak mentua ajak singgah untuk membeli lemang di Lemang Pak Teh Sungai Petani. Dalam pukul 8 malam baru kami sampai rumah di Pokok Sena Pulau Pinang.

Walaupun agak penat sebab keesokkannya nya itu Ms J harus berkerja, tapi rasa gembira sangat. Best la lama tak pergi jalan jalan kan.hehe




Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...