Skip to main content

Kenali Penyakit Sopak Dan Punca Terjadinya Penyakit Sopak

Pernah dengar mengenai penyakit sopak?Ms J pun pertama kali juga dengar mengenai penyakit sopak ini.

Alkisahnya minggu lepas Ms J ada kenduri di Pokok Sena Pulau Pinang. Berjumpa dengan bapak saudara sebelah suami yang tompokan putih-putih di badan beliau.

Maka, Ms J bertanyakan pada suami mengenai penyakit bapa saudara beliau. Dan sekarang baru Ms J tahu mengenai penyakit sopak ini.



Apa itu Penyakit Sopak

Penyakit sopak ini bukanlah sesuatu penyakit yang bahaya. Ianya tidak menghasilkan sebarang tanda dan simptom seperti gatal-gatal dan luka.

Penyakit ini merupakan sejenis penyakit kulit yang tidak menghasilkan pigmen. Kesannya kulit kelihatan tompok-tompok putih.

Lagi ketara apabila pesakit mempunyai kulit yang gelap. Sopak ini boleh berlaku di mana-mana bahagian tubuh badan.



Sopak juga di kenali sebagai vitiligo. Vitiligo ini sering berlaku pada mereka yang berumur bawah 20 tahun, namun ianya juga boleh menyerang sesiapa sahaja.

Kenali Punca Penyakit Sopak

Punca penyakit sopak ini masih lagi menjadi kajian para penyelidikan. Tiada bukti kukuh yang menyatakan sopak disebabkan oleh sesuatu faktor.Namun, ada yang beranggapan sopak berpunca daripada keturunan.

Jika di teliti dengan halus, sopak ini boleh berlaku kerana masalah autoimum, yang mana sistem pertahanan badan kita menyerang sel sel badan sendiri.

Malah ada juga saintis yang beranggapan bahawa sopak ini terjadi kerana:

  • Penghasilan antibodi yang menyerang melanosit di badan pesakit
  • Melanosit termusnah dengan sendiri
  • Ada juga kajian yang menyatakan di sebabkan oleh tekanan emosi 

Dua faktor utama di atas adalah disebabkan oleh masalah autoimum. Macam melanosit ini adalah sel-sel di bahagian kulit yang mempunyai melanin. Ianya berfungsi menyerap sinaran uv dan melindungi kulit daripada kerosakan.

Bagi pesakit autoimum, antibodi badan mereka sendiri menyerang sel-sel ini. Maka, melanosit akan termusnah. Maka sebab itulah kulit kita berubah menjadi tompok tompok putih. 

Oleh kerana sopak ini salah satu penyakit autoimum, maka mereka yang penyakit autoimmune lain contohnya macam kencing manis juga berisiko.

Bahaya Ke Sopak?

Sopak tidak berbahaya. Ianya juga bukan penyakit yang berjangkit. Namun, jika dibiarkan pesakit sopak ini berada di bawah sinaran matahari, ianya boleh mendatangkan risiko lain.

Namun, kesan yang paling ketara adalah tekanan perasaan. Jika sopak di bahagian muka atau mana-mana bahagian yang terdedah, mungkin akan mendatangkan perasaan malu di kalangan pesakit untuk berhadapan dengan orang ramai.











Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Ketagih Nestum Dan Oat Ketika Hamil Yang Melampau!

Hamil kali ini Ms J ada satu ketagihan yang melampau.Boleh dikatakan melampau sebab makan satu pun tak cukup. Masih lagi nak lagi. Kali ini Ms J agak ketagih dengan oat dan nestum. Bila nak minum je pasti cari dua benda alah ini. Ishh bancuh satu packet nestum pun tak cukup taw. Kalau dulu Ms J mana nak suka makan benda macam ini. Apatah lagi kalau nak minum air bergula, memang jauh panggang dari api. Selalunya Ms J dikenali sebagai seorang pencinta air masak sahaja. Tapi bila hamil semua tu boleh berubah. Betul la orang cakap, bila hamil hormon kita akan berubah diri kita 360 darjah. Kalau dulu suka, tapi bila hamil boleh jadi tak suka dan sebaliknya. Jadi jangan bongkak atau riak jika kita membenci atau menyukai sesuai. Bila bila masa sahaja Allah boleh tarik balik. Berbalik pada cerita Ms J tadi, bayangkan satu packet nestum pun tak cukup. Tambah pula ditambah dengan oat memang rasa sedap. Pekat dan lemak manis tu perrrghh rasa meleleh air liur.hehe ...

Vitagen Membantu Mengurangkan Masalah Anak Sembelit

Bila anak mengalami masalah sembelit, si ibu pula yang risau. Kekadang kesian melihat mereka ini meneran supaya najis senang keluar. Samalah dengan kisah Ms J.Anak bila dah masuk dua tahun dah mula makan pelbagai jenis makanan.Dan dari situlah Ms J perasan yang anak kerap kali sembelit. Tanda anak sembelit ini senang je nak lihat, bila  mereka duduk dan meneran dengan sekuat hati.Kadang tu sampai naik merah muka. Kalau untuk dewasa takpe lah mereka boleh disuruh minum air masak bebanyak kan. Tapi ini budak yang masih kecil, air masak memang kurang minum lah. Bagi mereka yang dewasa ingin mengetahui tips menggelakkan sembelit boleh klik  TIPS MUDAH MENGELAKKAN SEMBELIT Apatah lagi jika suruh makan sayuran.Memang di tolak terus.Apa yang dorang mahu adalah seperti gula-gula saja.Hmm nasiblah si ibu ini.. Puas memikirkan apa yang harus ku berikan pada si anak supaya dapat ubati masalah sembelit.Suatu hari terbelikan anak dengan air vitagen di pasaraya Longwan....