Skip to main content

Kolesterol Tinggi: Awas Punca Segala Penyakit

Assalamualaikum semua dan selamat tahun baru!

Semalam Ms J ada menghubungi mak di kampung. Rasanya sudah lama tidak balik kampung. Dan semalam jugalah mak Ms J memberitahu ada orang kampung meninggal di sebabkan oleh sesak nafas. Rupanya beliau menghidap sakit jantung dalam senyap.

Dan hari ni sekali lagi Ms J memberi nasihat dan peringat kepada suami. Jaga kesihatan dan pemakanan. Sebab dari situlah punca penyakit.

Apa yang Ms J boleh katakan kolesterol yang tinggi penyebab segala jenis penyakit. Mana tidaknya kita di Malaysia ini kaya dengan pelbagai jenis makanan dan minuman.


Bukan kata tidak boleh makan semua tu, tapi makanlah ikut keperluan bukan kehendak. Dan amalkan juga gaya hidup yang sihat. 

Sebab penyakit macam kolesterol tinggi ini kita tidak dapat kesan, dan tiada tanda-tanda yang berlaku. Ianya adalah penyakit dalam senyap, melainkan kita membuat ujian darah.

Kolesterol tinggi atau hiperkolesterolimia adalah pengumpulan kolesterol (lipids) yang berada di dalam salur darah.

Kolesterol ini akan berkumpul di mana-mana bahagian dan akan membentuk 'plaque' di bahagian tersebut. Dan yang paling Ms J takuti adalah jika kolesterol ini membentuk 'plaque' di saluran jantung yang membawa oksigen ke otak.



Lama-kelamaan ianya akan membesar dan menyempitkan saluran darah dan akhirnya saluran darah akan tersumbat. Dari situ lah kita akan mula mengalami tanda seperti sesak nafas.

Rata-rata mereka yang sudah di diagnos sebagai pesakit jantung mula menyesal kerana tidak menjaga pemakanan mereka di usia muda. Namun, nasi sudah menjadi bubur.Semuanya sudah tidak dapat undur lagi.

Jenis Kolesterol

Pernah anda membuat pemeriksaan kolesterol melalui ujian darah? Jika ya, anda mungkin ada melihat mengenai LDL, HDL, VLDL dan triglyseride.

Sebenarnya inilah empat jenis kolesterol yang terdapat di dalam badan kita.

LDL atau di kenali sebagai kolesterol jahat. Mengapa jahat? Sebab ianya adalah jenis kolesterol yang melekat di dinding salur darah yang mana lama kelamaan boleh menyempitkan salur darah tersebut.

Kolesterol ini jugalah berpotensi untuk meningkatkan risiko sakit jantung dan stroke.

HDL atau lebih di kenali sebagai kolesterol baik. Ianya berfungsi membuang kolesterol jahat kembali ke hati untuk di proses dan di buang.

Selain itu ianya juga mencegah kolesterol mendap di salur darah arteri yang mana boleh menyebabkan pengumpulan plaque, (arteriosklerosis). 

VLDL pula lebih kurang sama dengan LDL, iaitu sejenis kolesterol jahat. Namun, kolesterol ini kurang di kenali kerana tiada cara langsung untuk mengukur kolesterol tersebut.

Triglyceride pula merupakan lemak yang terkandung di dalam salur darah dan organ. Semakin tinggi kadar triglyceride semakin tinggi kadar kolesterol.

Antara faktor penyebab tingginya kadar triglyceride adalah kegemukan, pengambilan alkohol, gula dan pengambilan maakanan berlemak.


Tiada cara yang singkat untuk mengurangkan kolesterol ini melainkan kita amalkan gaya hidup yang sihat.Amalkan pemakanan yang sihat dan senaman sekurang-kurangnya seminggu sekali. 

Jika anda salah seorang penderita kolesterol yang tinggi, doktor mungkin akan menyarankan anda mengambil ubat yang di kenali sebagai simvastatin.


Ubat ini mampu menurunkan paras kolesterol di dalam badan, namun ianya memberikan kesan sampingan. Contohnya seperti katarak.

Oleh yang sedemikian, jangan ubat sebarang tanpa dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Di sini Ms J nak berkongsi mengenai mereka yang pernah menggunakan set kolesterol dari shaklee. Mungkin berguna pada mereka yang masih tercari-cari supplement untuk menurunkan tahap kolesterol.


Di sini pula Ms J sertakan apa kata mereka mengenai supplement shaklee untuk mengurangkan paras kolesterol. Rata-ratanya memberi feedback yang positif:


Testimoni 1:

Testimoni 2:


Testimoni 3:














Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...