Skip to main content

Siri Renovation Rumah

Assalamulaikum semua dan selamat tengahari.

Ok semalam hari merdeka korang mesti cuti kan? Balik kampung ke? Atau pergi shopping? Maklumlah dah gaji kan?

Haha..Ok hari ni Ms J bukan nak promote barang atau apa-apa, cuma nak cerita mengenai aktiviti semalam.Fuhh penat sangat sampai balik rumah terus tertidur.

Apa yang penat sangat tu?Jeng jeng jeng...inilah dia..








Semalam tetiba je Abang Grill tu telefon katanya nak datang pasang grill rumah.Ok la apalagi gembira yang tak terkata. Sebab abang tu janji paling awal pun 1/9 siap.Ni siap daripada tarikh nya pulak.

Ehh jangan ingat Ms J penat pasang grill pulak. Haha sebenarnya Ms J penat kemas rumah.Sapu lantai pastu basuh rumah dan mop lantai. Sambil sambil tu sambil berlari dengan anak.Itu yang lagi penat tu sebenarnya.

Mesti korang yang bajet macam Ms J ni tertanya tanya kan berapa kos nak pasang grill satu rumah ni

Ok di sini Ms J list kan

Pintu depan

Pintu dapur

Tingkap dapur

Tingkap bilik

Tingkap depan

Bilik air (2)

Sliding door

Jumlah kesemua yang Ms J abiskan adalah RM2200. Ini sebab Ms J pilih yang design S. Kalau yang biasa tu ada lagi yang murah. Tapi suami berkenan pula kat bentuk S, tu yang ambil. Kalau nak ikutkan bajet Ms J adalah bawah RM2000 je.huhu

Ms J tak tahu la mahal ke murah, sebab tak biasa dengan benda ini semua kan.Sebelum itu ada jugak survey-survey kat FB cari orang buat grill dan tanya kos nya sekali.Rata rata nya cakap dalam RM3+++..

Mula-mula tu rasa agak sedikit kecewa sebab dah lari bajet.Kalau tak pasang grill macam mana nak duduk rumah tu nanti.Lepas pada tu ada jumpa kawan, dia cadangkan buat grill dengan kawan dia.

Macam tu lah ceritanya Ms J kenal dengan Abang Grill tu.huhu. Bila dia cakap hanya RM2200 sahaja agak lega sedikit dan terus terima tawaran dia..

Sekarang tengah angkat barang sikit demi sedikit nak masuk rumah.Iye la Ms J dan suami kerja, malam baru free.Terpaksalah berkorban tenaga. Bukan tak nak buat di hujung minggu , sebab dah janji dengan tuan rumah sewa sekarang untuk keluar sebelum 9 haribulan ni.

Insyaallah akan sempat settle sebelum tarikh tu. Insyaallah juga akan bina hidup baru dengan rumah sendiri bersama keluar tersayang.

Alhamdulillah...





Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...