Skip to main content

Perkara yang Perlu Di Elakkan Jika Ingin Hamil

Setelah berkahwin, tiada apa yang didamba kan oleh setiap pasangan, semua menantikan cahaya mata. Tak kira lah jika mereka baru sahaja berkahwin atau yang sudah lama berkahwin, semua inginkan zuriat.


Zuriat itu anugerah dari Allah, penyambung warisan kedua ibu bapa. Tetapi jika tidak di izinkan oleh Nya lagi, anggaplah itu sebagai dugaan. Jangan cepat berputus asa, sebaliknya besikap positif untuk terus menuju masa depan yang gembira.


Di sini Ms J nak kongsikan mungkin ada beberapa perkara yang perlu kita elakkan demi mendapatkan zuriat.


Kafein


Kadar pengambilan kafein yang tinggi akan mengurangkan tahap kesuburan. Kajian mendapati pengambilan sehari segelas minuman berkafein akan mengurangkan setengah tahap kesuburan. Jika anda sedang merancang untuk hamil, pengurangan pengambilan kafein dapat meningkatkan kadar kesuburan


Dadah / Ubat Sintetik



Ubat sintetik seperti sesetengah pil penahan sakit dan antibiotik boleh menurunkan kadar kesuburan. Ubat penahan sakit contohnya akan menyebabkan ovulasi terganggu dan mengganggu sistem imun tubuh.Ubat antihistamin pula dikatakan akan mengganggu pembentukan sperma dan mengeringkan rembesan servik (yang boleh mengganggu pergerakan sperma). 


Dadah terlarang seperti Marijuana, kokain dan sebagainya boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra matang dan merosakkan otak bayi.


Toksin

Lelaki dan wanita zaman sekarang terdedah kepada toksin akibat penggunaan racun serangga dan tumbuhan, penggunaan bahan kimia dalam pencuci di rumah dan cat serta pendedahan kepada persekitaran yang tercemar. Toksin boleh mengganggu kesuburan


Nikotin



Ramai yang dah sedia maklum kesan nikotin kepada bayi yang di kandung (seperti keguguran, kecacatan dan berat badan kurang semasa dilahirkan). Tapi mungkin tak ramai sedar nikotin juga boleh menyebabkan kadar kesuburan menurun dan mengurangkan peluang untuk hamil. walaupun bakal ibu atau bapa tidak merokok, tetapi sebagai perokok pasif pun nikotin boleh memberi kesan kepada kadar kesuburan anda.


Alkohol




Alkohol sememangnya tidak boleh diambil sama sekali oleh Muslim.Ia didapati mengganggu keseimbangan hormon termasuk hormon yang mengawal kitaran haid dan ovulasi. Pengambilan alkohol sangat tinggi boleh menyebabkan kecacatan.


Mandian air panas




Memang seronok dapat berendam dalam tub mandi yang dipenuhi dengan air panas atau berada di bawah pancuran air panas. Tapi awas suhu yang tinggi boleh merosakkan kualiti sperma. Elakkan berendam terlalu lama dalam mandian air panas atau laraskan kepada suhu yang lebih rendah.


Pencuci Intim Wanita

Mungkin ramai yang suka pencuci intim wanita yang ada di  pasaran sekarang.Memang suka sebab baunya yang wangi, cucian pun rasa segar dan bersih.Tapi berhati-hati juga kerana cucian yang terlalu kerap boleh 'mengeringkan', mengurangkan cecair servik dan mengubah pH vagina seterusnya boleh menyebabkan penyakit keradangan perlvik yang boleh menjejaskan kesuburan terutamanya cucian yang menggunakan kaedah 'douching'


Diet

Elakkan diet yang ekstrem jika anda ingin cuba hamil. Ianya boleh mengganggu sistem tubuh dan hormon anda.

Amalkan pemakanan yang sihat.Jika ingin amalkan makanan tambahan boleh mencuba set kesuburan dari shaklee.



Berat badan yang ideal


12 % kes ketidaksuburan yang dilaorkan adalah berpunca dari masalah berat badan. Jika anda kurang berat badan (underweight) di sebabkan pemakanan tak seimbang atau terlalu aktif kitar haid akan terganggu kerana 22 % lemak badan di perlukan untuk ovulasi yang normal dan kesihatan reproduksi.

Sebaliknya, berat badan berlebihan (overweight) boleh mengubah hormon secara kimia dan menghalang proses kehamilan. Tapi berita baik bagi maslah ini ialah- kadar kesuburan dapat di pulihkan kepada normal dengan segera setelah anda mendapat berat badan ideal


Terlalu aktif sukan / aktivit fizikal

Ahli sukan wanita di dapati kerap mengalami masalah kesuburan akibat kitaran haid yang tidak normal. Jika anda seorang yang sangat katif bersukan/ melakukan aktiviti fizikal, berbincanglah dengan doktor mengenai kesannya terhadap kesuburan sekiranya ada


Seluar dalam ketat

Testikel lelaki perlu berada pada suhu yang lebih rendah dan tidak boleh dibiarkan berada dalam suhu yang tinggi.Memakai seluar dalam ketat mungkin boleh mengganggu kesihatan reproduksi lelaki.


Minuman berais

orang tua dulu-dulu memang berpantang dengan ais kerana akan menyebabkan rahim longgar,, berangin dan berair. Ini akan menyebabkan proses persenyawaan gagal berlaku.





Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...