Skip to main content

Batuk yang Berpanjangan, risiko kepada Kanser Paru-paru

Ramai di kalangan kaum Adam yang merokok walaupun mereka tahu bahaya daripada merokok.Salah satunya adalah kanser paru-paru.



Kanser paru-paru adalah salah satu penyebab utama kematian di Malaysia.Pada tahun 2007 secara keseluruhan ia adalah kanser ketiga selepas kanser payu dara dan kanser kolorektal.

Wow, amat menakutkan sebab bila kita sebut mengenai kanser ini, selalu kita akan fikir mengenai kematian kan? Ya memang betul, jadi marilah kita katakan tidak pada rokok!

Nak berhenti merokok baca tips ini Tips 12'M untuk berhenti merokok

Menghisap rokok adalah punca utama kanser paru-paru.Tak kiralah anda perokok tegar ataupun perokok pasif. Sejak tahun 1950 an kajian telah mendapati bahawa rokok memeng mempunyai kaitan dengan kanser paru-paru.

  • Asap rokok mengandungi lebih daripada 4,000 bahan kimia, banyak daripadanya dikenalpasti sebagai penyebab kanser-paru
  • Menghisap 20 batang rokok sehari berisiko sebanyak 20 hingga 25 kali ganda mendapat kanser paru-paru jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok
  • Apabila seseorang berhenti merokok, risiko mendapat kanser paru-paru berkurangan sama seperti mereka yang tidak pernah merokok
  • Menghisap curut seperti paip juga meningkatkan risiko mendapat kanser paru-paru

Sebab- sebab lain :

  • Pencemaran udara daripada asap kereta, asap kilang dan lain-lain
  • Pendedahan kepada asbestos memberi risiko mendapat kanser paru-paru sebanyak 9 kali ganda. Gabungan daripada asap rokok dan asbestos meningkat risiko sebanyak 50 kali ganda. 'Mesothelioma' (kanser yang asalnya daripada selaput paru-paru) adalah berkait rapat dengan pendedahan asbestos.
  • Penyakit paru-paru seperti Tuberkolosis dan 'Chronic Obstructive Pulmunary Disease'  juga meningkat risiko seseorang untuk mendapat kanser paru-paru.
  • Pendedahan kepada radon, radium (bahan yang erjadi daripada uronium) juga adalah risiko kanser paru-paru.
  • Pekerjaan yang terdedah kepada arsenic, cromium, nikel, hidrokarbon aromatic dan eter juga meningkatkan risiko kanser paru-paru.

Simptom-simptom

  • Batuk atau batuk yang tidak hilang.Memang diketahui perokok mempunyai batuk yang kronik akibat daripada asap rokok, tetapi perubahan atau batuk yang bertambah teruk adalah satu gejala yang penting
  • Sakit di bahagian dada, bahu dan belakang yang berpanjangan dan lebih sakit jika menarik nafas panjang
  • Nafas berbunyi
  • Sesak nafas
  • Suara serak
  • Batuk berdarah
  • Bengkak di bahagian leher atau muka
  • Hilang selera makan dan berat badan susut
  • Berasa letih atau lemau
  • Kerap kali mendapat jangkitan paru-paru (pneumonia)
  • Bentuk hujung jari kaki atau tangan berubah membentuk membonjol

Pergilah berjumpa doktor dengan segera jika anda :

  1. Batuk berdarah dengan kadar yang sangat banyak
  2. Sesak nafas secara tiba-tiba
  3. Sakit dada yang tidak hilang
  4. Lumpuh secara tiba-tiba
  5. Kabur penglihatan secara tiba-tiba

Supplement:

Jika anda ingin mencuba rawatan alternatif dengan mengambil supplement Ms J amat galakkan anda mengambil vivix shaklee ni

Kenapa?

Antara kandungan dalam vivix adalah resveratrol yang telah dirujuk lebih daripada 2,000 penerbitan penyelidikan termasuk beberapa kajian yang dijalankan oleh Harvard University,National Institute of Aging, National Cancer Institute dan banyak lagi.Kanser mungkin adalah bidang paling dinamik (pelbagai sudut ) peyelidikan mengenai resveratrol.



Resveratrol merupakan perubatan semulajadi pertama yang mempunyai bukti kukuh menunjukkan ia menghalang atau menghentikan pelbagai peringkat kanser. Resveratrol bukan sahaja menghindar kanser, malahan ia dicadangkan sebagai rawatan tambahan.

Kajian mendapati resveratrol bukan sahaja menghalang kanser, tetapi juga dicadangkan sebagai rawatan tambahan kepada kanser.Ini kerana resveratrol terbukti memperlahankan atau menghentikan tahap tertentu kanser. Resveratrol boleh menghalang kanser dalam melalui beberapa cara :

  • Ia menyekat penyerapan estrogen dan androgen (tidak kira sel kanser itu mempunyai reseptor negatif atau positif)
  • Ia boleh memodulasi ekspresi gen
  • Ia boleh menyebabkan sel kanser mati melalui penyahasetilan
Di Austria penyelidikan lanjut membuktikan resveratrol turut menyekat kemampuan sel kanser untuk metasis ke dalam tulang pada kadar 30 % hingga 71 %

Menghalang Kanser Tanpa Memudaratkan


Resveratrol telah dibuktikan effektif melawan pelbagai jenis kanser, sama ada pada peringkat menghindar mahupun peringkat rawatan. Kebolehannya menghentikan kanser berkait rapat dengan kemampuannya membezakan sel kanser dari sel sihat

Ubat terapi kimo tidak specifik ketika menyerang sel kerana ia menyerang sel kanser dan sel sihat dalam masa sama. Sebaliknya resveratrol tidak merosakkan sel sihat tetapi melindumgi sel sihat ketika mematikan sel kanser

Kebolehan resveratrol yang terkenal termasuk kemampuan menghilang radikal bebas, mengaktifkan atau nyahaktif enzim penting gen, hormon dan kimia tubuh.Kajian menunjukkan resveratrol memberi kesan yang ketara kepada kanser yang berkaitan gen.

Antara kesan lain resveratrol mengaktifkan gen penumpas tumor dan gen yang menyahtoksik bahan kimia. Ia juga menahan gen yang membolehkan sel kanser berhubung antara satu sama lain















Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...