Skip to main content

Kisahku Beli Rumah Pertamaku

Assalamulaikum semua. Hari ini Jam sibuk sangat, dalam sibuk-sibuk pun sempat lagi nak menulis ni.hehe. Sebenarnya tengah tunggu nak pergi makan ni.

Ok hari ini Jam nak kongsi pengalaman Jam beli rumah subsale. Ala dalam bahasa mudah nya rumah second hand. Bulan lepas sibuk sangat dan hati pulak asyik fikir nak raya tak sempat nak buka semua parcel. Semalam baru buka, opppssss borang nak keluar kwsp belum hantar lagi.

Aduiii lambat lagi la nak dapat rumah nanti. Kisah Jam nak beli rumah ini tak di duga pun sebenarnya. Bila ada masa lapang tu saja-saja tengok kat mudah.com kot ada rumah murah-murah. Pastu telefon terus agent tu tanya. 

Nak di jadikan cerita terjumpa lah rumah yang Jam nak beli ni. Hari itu saja je pergi tengok keadaan rumah, tapi agent tu cakap dah ada orang cuba loan. Kalau dia tak lulus loan barulah Jam boleh try pula.





Ok la sebab tak niat pun nak beli rumah tu. Tup-tups dalam 2 minggu macam tu agent tu telefon bagitahu berminat lagi tak dengan rumah tu? Sebab orang sebelum ini tak lepas loan. Jam pun ok saja lah. Tanpa fikir panjang hantar semua borang, macam slip gaji 6 bulan, surat pengesahan majikan, laporan CCRIS.

Lepas pada itu bank pula telefon bagitahu loan sudah lulus dan boleh pergi tandatangan loan. Ehh cepat pula. Masa tu la macam-macam datang dalam fikiran ni, betul ke nak beli rumah ni? Betul ke?

Dah tanya ramai orang termasuklah famili semua cakap ok. Pada masa yang sama Jam mula kira duit dalam akaun tak cukup nak bayar duit 10 % deposit, lawyer fee, evaluation fee dan agent fee.

Maka Jam pun tak tahu nak ambil duit mana nanti, nak buat personal loan nanti susah pulak nak bayar. Hmm last-last Jam telefon agent cakap tak nak rumah tu.Terkejut agent tu.

Katanya tuan rumah dah marah-marah. Dah 4 orang cuba nasib nak beli rumah itu, tapi semua tak lulus loan . Tetiba Jam lulus loan tapi tak nak pulak. Deal punya deal dia cakap 'takpela agent fee tu tak payah la'

Hahaha.. lega kat situ sebab tak perlu bayar agent fee. Banyak jugak tu sebab dia ambil 1 % daripada harga rumah. Pandai tak Jam main trick?hehe

Lepas pada tu teruskan dengan laywer pula. Nanti nak kena sign SNP. Perjanjian Jual Beli. Masa sign tu Jam tak kisah sangat, yang kisah nya berapa pula lawyer fee ni. Bila diberitahu lawyer fee RM8K ++ , Jam terkejut sangat. 

Dah lari bajet nih. Hari tu agent tu cakap 4k-5k sahaja, ni 8k++. Jam pun mula lah bargain dengan lawyer tu, dia cakap dia akan cuba bagi kurang, tunggu bos nya approve. Papepun dia akan telefon nanti.

Lepas pada memang lawyer tu telefon bagitahu pihak lawyer boleh bagi kurang sampai rm6k++ sahaja. Jam bagithu terus terang Jam tak de duait nak bayar, kalau 5k tu adalah. Dia pun cakap ok la rm5300, boleh?Haha apalagi suka la Jam.

So total anggaran Jam nak beli rumah ini :

10 % deposit - RM12500
laywer fee - RM5300
Evaluation fee - RM650
Total - RM 18450

Gluppss banyak tu. Tak terlintas pun ada duit banyak tu. Alhamdulillah berkat menyimpan dari mula kerja.

Korang pun boleh, jangan ingat kita gaji kecik je, tak mampu nak beli rumah.Nop!Semua orang boleh, tinggal nak tak nak je.

So lepas ni bolehla mula menyimpan ye..hehe

Comments

  1. Wahhh tahniah tahniah! Kita pun mungkin rumah first beli subsale je. Dah mula fikir ni haha.

    ReplyDelete
  2. Bagus tu.at least kita ada perancangan di masa depan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...