Skip to main content

Kali kedua masak rendang, tapi awesome!

Esok ada jamuan aidilfitri kat tempat suami Jam.Dalam pening-pening nak bawak apa,Jam buat keputusan masak rendang ayam.

Lepas balik kerja singgah sekejap kat Lemang Pakteh.Kalau kat sungai petani ni lemang ni agak terkenal.

Harga nya ok,tak ada la mahal sangat.Ada lemang saiz kecil, saiz besar dan lemang cheese.

Harga pula kalau lemang yang size kecil tu RM 10, saiz besar RM12 dan lemang cheese RM 15.

Sepanjang duduk sungai petani ni tak pernah pula beli lemang cheese tu. Nampak lain daripada yang lain,mungkin lepas ni boleh cuba.hehe

Nak dijadikan cerita petang tadi Jam beli la 2 batang lemang. Lepas itu,pastu lupa pula nak suruh pakcik tu buka siap-siap buluh lemang tu.

Dalam tengah- tengah bawak kereta tu fikir nanti nak buka dengan apa.Kat rumah bukan ada parang, pisau adala.Nak patah balik malas pula sebab tengok kereta bersusun.

Adoii takpela.Pisau pun pisau la.haha.Akibatnya si suami la jadi mangsa kena buka buluh tu.Thank you abang!

Eh Jam bukan nak cerita pasal lemang, tapi nak kongsi resepi buat rendang. Suami Jam memang suka makan rendang. Kalau nak masak rendang memang dia akan pergi cari ayam tua. Akhirnya berjaya juga dirembat ayam tua kat econsave tu.Bukan senang nak cari ayam tua kat sini, rezeki dapat jugak hari ini.

Ok ni resepi rendang ayam.Sebelum tu Jam kalau masak takde sukatan, Jam suka main campak-campak je.huhu

2 ekor ayam tua/ biasa

*Kisar
4-5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2-3 inch halia
2-3 inch lengkuas
Kunyit hidup
3 batang serai

Kelapa -2 biji
Cili giling
Kerisik - opsyenal
Daun kunyit - opsyenel
Daun limau purut- opsyenal

Cara-cara
1. Panaskan minyak.Bila minyak dah panas masukkan kesemua bahan kisar
2. Masak sehingga terbit bau dan kemerahan.Tunggu seketika sehingga pecah minyak.
3. Lepas itu masukkan sedikit ciling dan biarkan pecah minyak.
4. Masukkan ayam dan biarkan seketika.Didihkan sampai air ayam kering.
5. Masukkan santan dan kacau dengan api perlahan.
6. Masukkan perasa garam dan gula dan daun limau purut.Biarkan sehingga kuah kering dan sedia di hidang.

Notes:
1.Jam kalau masak suka letak gula melaka, sebab ianya tidak terlalu manis.
2.Kalau sukakan kuah, janganlah masak sehingga kering ye.
3. Bila dah masak bolehlah masukkan hirisan daun kunyit.Jam tak letak pun sebab cari punya cari tak jumpa.huhu



Tadaaa.inilah dia rendang ayam kampung.Ayam sedikit hancur sebab rebus terlalu lama.

Sedap juga dimakan bersama roti gardenia.Sampai tinggal separuh roti tu suami Jam makan...Alhamdulillah..

Selamat mencuba!
.

Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...