Skip to main content

Jangan Takut Jika Anak Di Suntik Vaksin, Takut Lagi Jika Chicken Pox Merebak

Chicken pox atau dalam bahasa melayunya adalah cacar air adalah penyakit yang selalu terjadi di semua peringkat umur, tidak kira bayi, kanak-kanak atau dewasa.

Apa itu Chicken Pox?

Sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan ia adalah virus yang sama menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang kepada seseorang

Penyakit ini berlaku sekali sahaja, bagi mereka yang pernah dijangkiti virus ini, mereka tidak akan mendapat virus ini untuk kali ke dua. Ini kerana mereka telah mendapat pelalian seumur hidup. 

Bagaimana Chicken Pox Berjangkit?


Chicken Pox ini adalah penyakit berjangkit. Salah satu medium merebaknya virus ini adalah melalui udara. Contoh yang paling dekat dengan kita adalah batuk atau bersin.

Selain itu ianya boleh juga berjangkit melalui sentuhan.Contoh merebaknya adalah dari titisan cecair daripada orang yang dijangkiti.Rebakan juga boleh berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.


Tanda dan Gejala Chicken Pox


Anak anda akan mendapat chicken pox 10-21 hari selepas terdedah kepada seseorang yang menghidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1-2 hari sebelum ruam kelihatan pada orang yang jangkiti sehingga ruam kering.

Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. namun jangkitan cacar air bagi dewasa, remaja serta anak kecil kurang dari setahun boleh menjadi lebih serius.

Tanda dan Gejala :

  1. Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul
  2. Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.
  3. Dalam 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4-5 hari)
  4. Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggi untuk hilang

Komplikasi daripada Chicken Pox

Chicken pox ini biasanya akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi.Tetapi ada kalanya cacar ini boleh menjadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian
Antara golongan yang berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi yang teruk adalah :

  • Bayi yang baru lahir, dimana ibu tidak pernah menghidap chicken pox atau pelalian chicken pox
  • Ibu mengandung menyebakan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku.Sekiranya ibu menghidap chicken pox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. 
  •  penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema)

Rawatan :

  • Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kawan-kawan yang lain turut dijangkiti.
  • Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam
  • Minum banyak air masak
  • Ambil makanan seimbang
  • Senatiasa membasuh tangan

Pencegahan


Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Vaksin 'varicella' ini tiada di dapati dalam program imunisasi sekarang akan tetapi terdapat sektor swasta.



Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak

Vaksin juga boleh diberi kepada anak anda yang belum pernah dijangkiti penyakit ini jika terdedah kepada individu yang menghidap cacar air.

Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir) yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung yang terdedah kepada seseorang yang menghidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobin untuk memberi perlindungan segera.

Supplement 



Akhirnya parut chicken pox di seluruh badan saya pulih seterusnya.TERIMA KASIH SHAKLEE..



Wsalam sis, so far parut tu ok.faded colornya..
then try letak kat leher sebab allergic brush.pon nampak ok sikit.kering


...basic H sngt2 membantu.Dh seminggu khalisya kena chicken pox, hari2 ifa mandikan dgn BH n sapu ng MHB.Tido mlm pun x prnh merengek gatal kat poxnya tu. Alhamdulillah genap 5 hari dh kering.Sngt2 cepat n sgt2 membantu..Kawan2 sekolah isya yg kena dulu pun masih belum kering lagi pox nya.BH bnyk membantu menceriakan kehidupan kami...












Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...