Skip to main content

jenis-jenis tekanan darah rendah




Pernah tak dalam kehidupan seharian kita alami simptom-simptom seperti ini?
  • Pening atau merasa pusing 
  • Penglihatan kabur
  • Kekeliruan
  • Kelemahan
  • Loya

Haa pernah kan? Tahukah anda simptom-simptom di atas tadi merujuk kepada penyakit hypotensi? Atau dalam bahasa mudah nya tekanan darah rendah. Biasanya kita selalu dengar bahaya tekanan darah tinggi kan,haa jangan terkejut  tekanan darah rendah juga boleh membawa padah.

Tekanan darah  adalah keupayaan menolak ke arah dinding pembuluh arteri ketika jantung mengepam darah. Tekanan darah diukur sebagai tekanan sistolik dan diastolik. 

Tekanan darah sistolik adalah tekanan yang diukur semasa denyutan jantung.
Tekanan diastolik adlah tekanan yang diukur semasa jantung sedang rehat.

Anda akan selalu melihat tekanan darah ditulis sebagai sistolik di  bahagian atas dan tekanan diastolik di bawahnya contohnya 120/80 mmHg (mmHg ) maksudnya milimeter raksa - unit yang digunakan untuk mengukur tekanan darah) 


Tekanan darah normal 120/80 mmHg. Tekanan darah dikatakan rendah bila bacaan di paras lebih rendah dari 90/60 mmHg

Tekanan darah bertukar sepanjang hari. Ianya rendah bila anda tidur dan menjadi tinggi bila anda bangun. Ianya boleh berubah jadi tinggi bila anda berada dalam keadaan teruja, takut atau aktif.


Terdapat tiga jenis utama tekanan darah rendah.
  1. Tekanan Darah Rendah ‘Orthostatic’
    Jenis tekanan darah rendah ini akan berlaku bila anda berubah posisi, bangun dari tidur atau duduk.  Penurunan tekanan darah akan menyebabkan anda berasa pening atau pengsan.
    Ianya terjadi bila tubuh badan tidak dapat menyesuaikan tekanan pengaliran darah dengan cepat agar sesuai dengan kedudukan badan anda.  Keadaaan ini biasanya akan berlaku hanya sekejap, dari beberapa saat ke beberapa minit selepas anda berdiri
  2. Tekanan Darah Rendah ‘Neurally Mediated’ (NMH)
    Keadaan ini berlaku apabila otak dan jantung tidak berkomunikasi antara satu sama lain dengan baik. Sebagai contoh, apabila anda berdiri untuk jangkamasa yang panjang, darah mulai berkumpul di kaki anda.
    Hal ini menyebabkan tekanan darah anda menurun. Dalam NMH, badan keliru dan memberitahu otak bahawa tekanan darah tinggi. Sebagai tindakbalas, otak melambatkan kadar denyutan jantung. Hal ini membuat penurunan tekanan darah yang lebih, menyebabkan pening  kepala dan rasa hendak pitam.
  3. Tekanan Darah Rendah Teruk berkaitan dengan ‘Shock’
    ‘Shock’ adalah suatu keadaan yang boleh mengancam nyawa di mana tekanan darah turun begitu rendah sehingga otak, buah pinggang dan organ-organ penting yang lain tidak dapat bekalan darah yang cukup.

Pelbagai jenis hipotensi ini mempunyai sebab-sebab yang berbeza.
Hipotensi ortostatik
Terdapat beberapa sebab kenapa jenis hipotensi ini berlaku.
  1. Nyahhidrasi
    Ianya berlaku bila badan kehilangan air lebih dari yang diambil seperti berpeluh berlebihan semasa aktiviti fizikal, demam, muntah dan cirit-birit
  2. Keadaan panas atau tidak bergerak untuk beberapa ketika yang lama
  3. Ubat-ubatan
    Setengah ubat-ubatan boleh meningkatkan risiko anda untuk hipotensi ortostatik. Ubat-ubatan ini termasuk:
    • Ubat merawat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung:
      • Diuretics atau ubat kencing
      • Calcium channel blockers
      • Angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibitors
      • Angiotensin II receptor blockers
      • Nitrates
      • Beta blockers
    • Ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat keadaan seperti kebimbangan, kemurungan, mati pucuk dan gangguan sistem saraf pusat (seperti penyakit Parkinson)
  4. Bahan-bahan lain
    Alkohol, barbiturat dan beberapa jenis ubat yang dibeli sendiri sekiranya diambil dengan ubat tekanan darah tinggi
  5. Hipotensi selepas makan (postprandial hypotension)
    Hipotensi ‘postprandial’ ini akan terjadi selepas makan
Hipotensi ‘Neurally Mediated’ (NMH)
NMH biasa berlaku di dalam keadaan berikut:
  • berdiri untuk masa yang lama
  • kesakitan atau ketakutan yang amat sangat
Hipotensi teruk berkaitan dengan ‘Shock’
‘Hypotensive shock’ adalah satu keadaan kecemasan yang memerlukan rawatan dengan segera. Hypotensive shock terdiri daripada:
  1. ‘Septic shock’
    Ia boleh berlaku apabila bakteria memasuki aliran darah. Bakteria mengeluarkan toksin (racun) yang berbahaya dengan membawa kepada penurunan tekanan darah.
  2. Hypovolemic shock
    Kehilangan darah atau cecair dari badan boleh berlaku akibat daripada:
    • Pendarahan luaran yang teruk (contohnya dari luka parah atau cedera)
    • Pendarahan dalaman yang teruk (contohnya dari pembuluh darah yang pecah atau luka yang menyebabkan pendarahan dalam badan)
    • Kehilangan cecair badan dari luka terbakar yang teruk
    • Keradangan kelenjar pankreas yang teruk (organ yang menghasilkan enzim dan hormon seperti insulin)
    • Cirit-birit yang teruk
    • Penyakit buah pinggang yang teruk
    • Terlalu sering menggunakan diuretik
  3. ‘Cardiogenic shock’
    Ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah disebabkan oleh serangan jantung, embolisme pulmonari atau aritmia (degupan jantung yang tidak teratur)
  4. ‘Vasodilatory shock’
    Saluran arteri yang tiba-tiba meregang luas (‘vasodilatation’) sehingga menurunkan tekanan darah. Hal ini terjadi kerana :
    • Kecederaan kepala yang teruk
    • Tindak balas kepada ubat-ubatan tertentu
    • Kegagalan hati
    • Keracunan
    • Reaksi alergi yang teruk (dipanggil anafilaktik shock)
Bagi yang mempunyai tanda-tanda awal tekanan darah rendah eloklah mendapat nasihat dari doktor apa yang perlu dibuat.Bagi yang ingin menangani masalah ini bolehlah mencuba shaklee set tekanan darah rendah.



Berminat ??~ HUBUNGI SAYA UNTUK TAWARAN ISTIMEWA


 Sebarang pertanyaan @ tempahan bolehlah hubungi
Jamaliah bt Shaari  ID - 1229088
Facebook :https://www.facebook.com/httpsjamaliah.shaari
Blog : msasyraff.blogspot.com
Telefon @ watsap : 0149078685



Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...