Skip to main content

Kenali produk kecantikan anda!

Setiap insan pasti mempunyai keinginan untuk mempunyai kulit yang sentiasa kelihatan muda dan menawan. Namun sejauh mana keinginan tersebut direalisasikan? Selain daripada menjaga pemakan dan melakukan senaman, produk anti penuaan turut menjadi pilihan bagi sesetengan individu untuk memelihara kulit daripada kesan penuaan.

Proses penuaan kulit dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu proses semulajadi dalam badan dan kesan persekitaran. Antara faktor persekitaran yang boleh menjejaskan struktur kulit adalah cahaya matahari adalah punca utama yang menyebabkan kesan penuaan kulit pramatang. Kesan  penuaan kulit selalunya dapat dilihat dengan wujudnya garis- garis halus atau kedutan, kulit kendur, kasar dan kusam, pigmentasi serta tona kulit tidak sekata. Oleh yang demikian kita seringkali melihat iklan di kaca tv atau majalah tentang produk anti penuaan yang menjurus kepada produk yang boleh membantu untuk mengurangkan atau melindungi kulit daripada kesan penuaan tersebut.

Kandungan Dalam Produk Anti Penuaan

Antioksida

Kulit manusia mempunyai bahan antioksida semulajadi yang berfungsi untuk melindungi daripada kesan radikal bebas yang boleh merosakkan struktur kulit. Radikal bebas terhasil akibat daripada pendedahan terhadap cahaya matahari dan sebagainya. Antioksoda semulajadi yang telah dikenalpasti untuk melindungi kulit adlah terdiri daripada Vitamin A,C, E, squalene dan coenzyme Q10. Namun, paras antioksida dalam badan akan menurun dengan peningkatan usia dan juga akibat daripada pendedahan yang berterusan kepada sinaran matahari. Jadi, penggunaan produk kosmetik yang mengandungi bahan-bahan antioksida tersebut dipercayai dapat membantu untuk mengurangkan kesan-kesan penuaan terutamanya dari segi pengurangan kedutan dan meningkatkan ketengan kulit yang mengendur. Selain daripada antioksida semulajdi, formulasi kosmetik turut menggunakan bahan alpha lipoic acid (ALA). Ia juga merupakan sejenis antioksida yang baik namun bahan ini tidak dihasilkan semulajadi di dalam badan. 

Vitamin A

Terdapat banyak kajian yang dilakukan ke atas keberkesanan vitamin A dan bahan terbitannya untuk menangani masalah kedutan, pigmentasi dan masalah kulit tidak bermaya serta turut digunakan untuk rawatan jerawat. Vitamin A yang biasa digunakan bagi tujuan tersebut adalah retinoic acid (tretinoin), retinol, retinaldehyde dan retinyl palmitate.

Untuk mengelakkan kesan samping yang tidak diingini, penggunaan produk yang mengandungi tretinoin hanya dibenarkan dengan pengawasan dan nasihat daripada professional kesihatan. Produk tersebut tidak digalakkan untuk kegunaan ibu yang hamil kerana risiko kemudaratan ke atas bayi yang dikandung. Produk yang mengandungi tretinoin adalah ubat terkawal dan perlu berdaftar dengan pihak berwajib. Formulasi sedemikian hanya boleh diperolehi daripada hospital, klinik atau farmasi sahaja 

Penggunaan bahan terbitan vitamin A pula boleh digunakan dalam formulasi kosmetik yang boleh diperolehi di kedai biasa atau kauntr kosmetik. Ini kerana bahan-bahan tersebut di dapati kurang poten berbanding tretinoin

Vitamin B

Vitamin B yang biasa ditemui dalam krim kosmetik adalah niacinamide (B3),nicotinamide dan DMAE. Walaupun data dari segi keberkesanannya adalah terhad, bahan-bahan tersebut dipercayai dapat membantu untuk mengurangkan kesan penuaan termasuk membantu untuk mencerahkan kulit

Vitamin C

Terdapat banyak kajian yang menyokong keberkesanan vitamin C sebagai agen anti penuaan. Antara peranan utama vitamin C pada lapisan kulit adalah dalam penghasilan kolagen. Kolagen penting untuk mengekalkan kenajalan dan keremajaan kulit.

Vitamin E

Vitamin E (tocopherols atau tocotrienols) menghalang radikal bebas daripada memudaratkan kulit. Penggunaan vitamin E secara kombinasi dengan vitamin C didapati dapat memberikan kesan anti penuaan yang lebih berbanding pengguaan vitamin E secara tunggal.

Alpha Hydroxy Acids (AHA)

AHA merupakan bahan semulajadi yang boleh ditemuai dalam makanan. Glycilic acid dan lactic acid adlah merupakan jenis AHA yang paling kerap digunakan dalam sediaan kosmetik. Antara yang menarik tentang AHA;glycolic acid boleh ditemui dalam tebu manakala lactic acid pula boleh ditemui dalam susu masam dan jus tomato.Ianya bertindak untuk mengeluarkan lapisan kulit yang mati dan seterusnya menggalakkan penumbuhan sel kulit yang baru. 

Bahan pelembap


Kelembapan kulit adalah penting untuk mengekalkan penampilan kulit yang sihat dan cantik. Lapisan luar kulit terdiri daripada membrane lipid yang bertindak untuk menghalang kehilangan air yang memerangkap kelembapan bagi mengekalkan struktur kulit yang lembut dan anjal. Bahan pelembap berfungsi untuk menyokong peranan utama membrane lipid tersebut. Anatara bahan pelembap yanng sering digunakan adalah petroleum,lanolin,minyak mineral, minyak sayuran, glycerine, propylene glycol, urea dan sebatian lilin

Pentapeptides


Bahan yang berasaskan pentapeptides di dapati dapat membantu dalam meningkatkan penghasilan kolagen dan seterusnya mengurangkan kedutan dan membaiki tekstur kulit yang kasar

Bahan daripada sumber tumbuhan

Tumbuhan turut mengandungi agen antioksida semulajdi yang bertindak untuk mengekang kerosakan sel tumbuhan yang diakibatkan oleh radikal bebas. Agen tersebut dikenali sebagai polyphenol. Antara polyphenol yang biasa digunakan adlah bioflavonoid,anthocyanin,catechin,hydroxycinnamic acid,hydroxybenzoic acid dan proanthocyanidin

Kenali Vivix

Sumber Vivix adalah berasakan bahan semulajadi daripada tumbuhan.Jom kenali vivix dengan lebih terperinci



Semoga info ini mendatangkan manfaat untuk kita semua.




Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Buah Pear Yang Ramai Tak Tahu!

Nah buah pear! Sebenarnya Ms J ni jarang nak makan buah, apatah lagi buah buahan import seperti buah pear ni. Tapi disebabkan oleh nak diet dan sihat, maka terpaksalah ambil buah pear ni. Sebenarnya, tak tahu nak beli buah apa semalam. Pergi pasar malam ternampak buah pear yang besar besar dan cantik, maka terjebak juga untuk beli.hehe Buah pear ni Ms J panggil sebagai buah lai. Iyalah lain negeri lain juga panggilan untuk buah pear ni kan.Dalam bahasa sains nya buah pear ini dikenali sebagai pyruss spp. Sebenarnya buah pear ni ada dua jenis, ada yang kulit hijau dan kulit kuning air macam tu. Buah pear ini sering dicari oleh ramai orang kerana ianya banyak dijual di pasar basah, pasar malam, pasar tani, dan mana mana pasaraya. Lagi satu buah pear ni diminati oleh ramai orang kerana harganya yang murah dan berpatutan. Bukan sebab harganya yang murah je , tapi buah pear ini mempunyai khasiat yang tersendiri.  Antara khasiat buah pear ini adalah bertindak sebagai

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini

Ketagih Nestum Dan Oat Ketika Hamil Yang Melampau!

Hamil kali ini Ms J ada satu ketagihan yang melampau.Boleh dikatakan melampau sebab makan satu pun tak cukup. Masih lagi nak lagi. Kali ini Ms J agak ketagih dengan oat dan nestum. Bila nak minum je pasti cari dua benda alah ini. Ishh bancuh satu packet nestum pun tak cukup taw. Kalau dulu Ms J mana nak suka makan benda macam ini. Apatah lagi kalau nak minum air bergula, memang jauh panggang dari api. Selalunya Ms J dikenali sebagai seorang pencinta air masak sahaja. Tapi bila hamil semua tu boleh berubah. Betul la orang cakap, bila hamil hormon kita akan berubah diri kita 360 darjah. Kalau dulu suka, tapi bila hamil boleh jadi tak suka dan sebaliknya. Jadi jangan bongkak atau riak jika kita membenci atau menyukai sesuai. Bila bila masa sahaja Allah boleh tarik balik. Berbalik pada cerita Ms J tadi, bayangkan satu packet nestum pun tak cukup. Tambah pula ditambah dengan oat memang rasa sedap. Pekat dan lemak manis tu perrrghh rasa meleleh air liur.hehe