Tahukah anda dianggarkan lebih 100 juta kes denggi di laporkan di serata dunia setiap tahun? Angka yang begitu besar , malah penyakit bawaan nyamukk ini boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.
Apa itu Demam Denggi?
Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebarkan oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Virus denggi akan terdepndam di dalam badan pesakit selama 3-14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda.
Kenali tanda-tanda Demam Denggi
- Demam panas
- Sakit kepala
- Sakit tulang belakang
- Sakit sendi-sendi
- Loya dan muntah
- Sakit biji mata
- Ruam
Malangnya penyakit ini masih tidak mempunyai rawatan yang khusus. Jika terkena demam denggi rawatan utama dalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mampu minum tambahan cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk.Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyak.
Jika anda mengalami tanda-tanda demam seperti di atas jangan dibiarkan begitu sahaja kerana denggi mampu membunuh. Buatlah keputusan yang bijak dengan terus berjumpa doktor. Selain daripada rawatan di atas jika ingin mencuba supplement bolehlah mencuba vivix shaklee. Ini keranan vivix mampu meningkatkan tahap imunisasi dan memperbaiki sel ,menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA
Pencegahan
Masih belum terlambat untuk kita mencegah demam denggi daripada berlaku. Jom ikuti langkah-langkah berikut :
Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
- membuang bekas yang boleh menangkung air
- Pastikan tangki bekas air tadahan hujan seharusnya ditutup
- Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
- pastikan saliran tap sentiasa mengalir
- Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
- Sapukan ubat menghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
- memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang ketika keluar rumah
- Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup
Vivix mampu tingkatkan imunisasi pesakit denggi..nak cepat recover sakit denggi boleh ambil vivix
ReplyDeleteMusim tak menentu sekarang ini. Bagus juga kalau kita amalkan Vivix ni
ReplyDelete