Skip to main content

Panau sudah hilang kulilt lebih cantik dengan vivix

Assalamualaikum semua.
Pagi ini saya ingin bercerita mengenai panau. Semua orang pernah dengar perkataan panau kan? Dan saya rasa majoriti semua orang menghadapi masalah ini. Jom kenali lebih lanjut mengenai penyakit panau ini.

Apa itu Panau?


Panas adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia. Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit dimana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala. Kulat jenis malassezia furfur ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam keadaan tertentu.


Bagaimana bentuk Panau?


Bahagian-bahagian badan yang biasa dijangkiti panau selalunya kaya dengan sebum seperti bahagian dada, belakang badan, lengan dan leher. Pesakit- pesakit mempunyai tombok-tompok pucat (putih, merah jambu) atau gelap (perang, hitam) dengan permukaan yang berdebu halus. Tompok-tompok ini berbentuk bulat atau bujur dan kadang-kadang bercantum menyebabkan permukaan yang terlibat lebih luas. Sesetengah pesakit berasa gatal pada bahagian terlibat.



Siapa yang boleh terkena Panau?

Panau boleh melibatkan semua peringkat umur. Walau bagaimanapun, ia kerap berlaku dikalangan remaja dan belia. Pesakit yang kekurangan zat makanan atau mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunosuppresent kerap mendapat panau. Begitu juga dengan pesakit hyperhidrosis atau peluh yang berlebihan 

Adaka panau berjangkit?

Tidak. Ramai orang dewasa mempunyai kulat ini pada badan mereka tanpa mendatangkan masalah

Adakah panau kerap berlaku?

Panau kerap berlaku di kawasan tropika dengan insden setinggi 40%

Bagaimanakah panau dirawat?

Panau boleh dirawat dengan dua cara iaitu ubat sapu atau ubat makan/ sistemik.
Contoh ubat tidak specifik terhadap kulat :
  • losyen 2.5 % selenium sulphide
  • propylene glycol
  • whitfield's ointment
Ubat sapu anti kulat:
  • Kumpulan azole
  • krim terbinafine
Manakala rawatan sistemik diberikan pada pesakit- pesakit yang mempunyai panau yang teruk, panau yang berulang atau panau yang gagal dirawat dengan ubat sapu.


Bolehkan panau sembuh?

Ya, secara keseluruhannya pesakit boleh sembuh dengan rawatan yang tersebut di atas. Segelintir pesakit yang mempunya tompok- tompok pucat mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum warna kulit kembali seperti sedia kala. Ini tidak bermakna yang rawatan itu telah gagal. Kulat menghasilkan bahan kimia yang toksik dan menghalang fungsi sel sel pigmen semasa jangkitan aktif. Ia mengambil masa untuk pulih.

Adakah Vivix mampu mengubati Panau?

Ya. Ini kerana vivix diperbuat daripada muscadine grape. Antara ciri-ciri muscandine grape ini adalah mempunyai asid allergik yang tinggi , mempunyai ciri untuk menghentikan kimia penyebab kanser, antivirus dan anti bakteria.


Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...