Skip to main content

Posts

Tekanan Darah Tinggi Kembali Normal Seperti Sedia Kala

Hari ini Ms J nak kongsi mengenai tekanan darah tinggi. Macam mana tekanan darah tinggi yang boleh kembali normal seperti biasa. Sebenarnya ini kisah seorang pelanggan Ms J yang ada masalah tekanan darah tinggi. Muda lagi orangnya dan mempunyai anak seorang. Pada masa yang sama, beliau ini ada masalah kolestrol tinggi. Lalu beliau nak cuba cari vitamin untuk masalah tekanan darah tinggi yang dialami. Sambil sambil tu Ms J ada juga borak dengan beliau. Katanya tekanan darah tinggi berlaku disebabkan oleh pengambilan pil perancang. Oo, Ms J pun baru tahu. Sebab selama ini memang tidak pernah mengambil apa apa pil perancang. Malah, Ms J juga tidak pernah menghadapi masalah tekanan darah tinggi ini. Bila dengar balik cerita beliau, kesian pula. Iyala, tekanan darah tinggi ini bukan boleh dibawa main main. Silap haribulan boleh bawa kepada masalah lain seperti strok. Nauzubillah! Minta dijauhkan sama sekali. Sebab itu orang cakap baik mencegah awal tekanan d...

7 Cara Hilangkan Jeragat Dengan Bahan Semulajadi, Selamat Dan Tidak Berbahaya

Ms J ini dah dua kali berkunjung ke spa bulan ini semata mata kerana geram dengan jeragat degil. Banyak sangat jeragat di muka ini.Seperti tahi lalat dah Ms J tengok. Sebenarnya dah lama jeragat ini menapak, degil sungguh sampai umur sekarang pun masih tidak hilang. Mana taknya, Ms J ini tak ambil langkah pun untuk menghilangkan jeragat ini. Tapi bila umur semakin berusia, rasa kulit muka makin kendur dan bertambah kusam. Apatah lagi jeragat, rasa semakin banyak dan ketara tumbuh di muka. Oh, Ms J sungguh stress bila tengok muka ini!Tengok orang lain yang mempunyai kulit muka yang sangat cantik dan flawless, jeragat sikit pun tak de di muka, lagi bertambah Ms J. Aduhh! Maka hari ini Ms J nak berkongsi mengenai cara hilangkan jeragat degil ini. Ini adalah dengan menggunakan bahan semulajadi.Jadi, tak ada lah istilah mahal ke apa, cuma tinggal rajin nak buat tak tak je.Tapi kalau dah nekad nak jeragat ini hilang, mestilah kena juga buatkan.hehe Cara Hilangkan Jeraga...

Testimoni Jeragat Pudar Setelah Menggunakan Youth Skincare

Macam mana nak hilangkan jeragat? Jeragat susah nak pudar atau hilang? Krim jeragat apa yang terbaik? Jika ini yang sering membelenggu anda, jangan risau kerana bukan anda seorang sahaja yang mengalami masalah jeragat ini. Ramai yang mempunyai masalah jeragat, dan ramai lagi tercari cari solusi macam mana nak pudarkan atau hilangkan jeragat. Tambah tambah lagi buat mereka yang sudah mempunyai jeragat bertahun tahun, tapi masih juga tidak berjaya menghalau jeragat daripada singgah di muka korang. Jadi, hari ini Ms J nak berkongsilah dengan korang kat luar mengenai cara nak pudarkan jeragat . Semestinya korang juga teruja nak pakai apa tu untuk hilangkan jeragat ini kan? Sebelum tu, mari kita tengok testimoni daripada mereka dulu. Testimoni Jeragat Pudar Testimoni Jeragat Pudar Testimoni Jeragat Pudar Testimoni Jeragat Pudar Testimoni Jeragat Pudar Testimoni Jeragat Pudar Haa inilah dia kesan apabi...

Krim Jeragat Selamat Digunakan Dan Bebas Bahan Kimia

Assalamualaikum san salam sejahtera! Hari ini Ms J nak berkongsi mengenai salah satu krim jeragat yang selamat di gunakan dan bebas daripada bahan kimia. Pernah tak kita terfikir atau terlintas di hati adakah krim jeragat yang kita gunakan sekarang adalah selamat dan bebas bahan kimia? Kalau anda rasa ya, cuba semak balik adakah krim jeragat anda adalah salah satu produk yang betul betul selamat. Krim jeragat yang selamat di sini maksudnya adalah krim jeragat yang tidak mempunyai sebarang bahan kimia berbahaya, yang mana boleh merosakkan kulit kita. Dan lagi teruk bahan kimia ini adalah salah satu punca kepada tercetus masalah seperti kanser. Sudah tentu kita tidak mahu semua ini kan? Krim jeragat yang selamat juga bukanlah bermaksud krim jeragat yang kita guna itu 'menjadi' dengan kulit kita. Kadang kadang krim jeragat yang terdapat di luar sana memberikan kesan yang bagus dalam masa seminggu dua, tapi untuk dua atau tiga tahun lagi adakah masih...

Produk Berkesan Hilangkan Jeragat dengan Mudah

Eh pasal jeragat lagi tajuk kita harini ye.haha. Iya, hari ini Ms J nak cerita mengenai produk untuk hilangkan jeragat, yang pasti produk ini sangatlah selamat digunakan kerana ianya terbukti melalui kajian klinikal yang dijalankan. Produk yang Ms J maksudkan di sini adalah produk youth daripada shaklee. Boleh baca detail mengenai produk youth ini di sini>>> Youth skincare Cumanya hari ini Ms J nak berkongsi mengenai cara produk ini hilangkan jeragat. Supaya boleh buka mata korang di luar sana agar memilih produk yang betul selamat untuk hilangkan jeragat. Mana tak nya, rasanya semua orang takut untuk mencuba mana mana produk. Tambah tambah lagi yang dikatakan dengan produk timbang kilo kat luar sana. Sebenarnya tak salah pun produk timbang kilo kat luar tu, cuma nya kita sebagai pengguna mestilah memilih produk yang betul betul selamat, yakni produk yang tidak mempunyai bahan kimia yang berbahaya. Nak lagi bagus, produk tu ada pula ujian klinikal, bukan m...

Cara Hilangkan Jeragat Dengan Hanya Menggunakan Dua Benda Ini!

Bila bercakap pasal jeragat ini, rasa geram je. Mana tak nya jeragat kat muka ni dah macam kekal abadi je kat muka. Oh sungguh stress! Jeragat ini memang susah nak hilangkan. Orang kata jeragat ini memang degil, sedegil batu gitu.haha.Jeragat ini adik beradik dengan jerawat, tapi iaya lebih kepada bintik bintik hitam pada permukaan kulit. Haa, yang ini lebih parah kalau kita tak cuba hilangkan jeragat dari awal. Sebabnya jeragat ini boleh menjadikan kita nampak lebih berusia daripada umur dan lagi teruk kita akan kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain. Sebab tu kita perlu hilangkan jeragat ini. Siapa yang tak nak cantik kan? Semua orang nak. Yang pasti dengan kehadiran jeragat yang tidak diundang ini menjadikan kulit muka kita kurang cantik dengan tompokan bintik bintik hitam. Rawat jeragat dari dalam dengan vitamin ini >>> set jeragat shaklee Maka, kita akan mula mengenakan bedak atau foundation yang tebal sebagai salah satu cara untuk ...

Tragedi Lemas 6 Anggota Bomba

Semalam rasa tak lena nak tidur. Masih lagi memikirkan kisah 6 anggota bomba yang meninggal dunia akibat lemas ketika misi mencari dan menyelamat. Masih terbayang bayang lagi video yang ditular di media sosial, rasa macam tak boleh terima hakikat. Macam mana semua ini boleh berlaku? Bila terjadi perkara sebegini, apa perkara utama yang berada dalam fikiran adalah keluarga mangsa. Apalah nasib isteri dan anak anak mangsa. Tak sanggup melihat anak anak meraung dan menangis memanggil bapa mereka yang sudah syahid. Allah, sungguh hati ini tidak kuat. Maka, mengalir juga air mata ini. Sungguh mulia hati mereka dalam menjalankan tugas. Langsung tidak gentar. Sungguh Allah lebih menyayangi diri mereka. Da\oaku moga keenam enam mereka ditempatkan dalam golongan yang beriman. Buat keluarga mangsa, salam takziah. Moga mereka kuat mengharungi semua yang berlaku.Pasti ada sesuatu yang Allah nak bagi di kemudian hari.Percayalah! Dan harapan Ms J pula, harapnya kejadian ...