Skip to main content

Posts

Hilangnya Seorang Tokoh Ulama yang Di Hormati di sebabkan oleh Kanser Prostate

Siapa yang tak kenal Dato Nik Aziz ni? Jam rasa semua orang kenal kan, mursyidul am Pas yang begitu terkenal bukan sahaja di Kelantan, malah di serata dunia. Dato Nik Aziz atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Guru merupakan menteri besar Kelantan yang begitu prihatin terhadap rakyat jelata.Sepanjang pemerintahan beliau, Tok Guru banyak menekan kan soal agama dalam pemerintahan. Namun pada tahun 2015, kita di kejutkan dengan pemergian Tok Guru yang telah lama menderita kanser prostate. Seluruh rakyat Kelantan berkabung, malah Jam rasa seluruh Malaysia  merasai pemergian beliau. Pada hari ini Jam ingin berkongsi mengenai kanser prostate ini. Prostate merupakan kalenjar bersaiz 'walnut' yang terletak di belakang dasar penis, di depan rektum, di bawah pundi kencing dan sekeliling urethra.Fungsi utama prostate ini adalah mengeluarkan air mani. Kanser prostate ialah ketumbuhan yang bermula dari dalam kalenjar prostate. Ia merupakan kanser yang kerap berl...

Petua Tingkatkan Platelet Akibat Demam Denggi Dengan Mudah

Semua orang sudah tahu pasal demam denggi ni kan? Bagi sesiapa yang pernah kena demam denggi mesti sudah tahu betapa seksanya demam ni. Bukan macam demam biasa, malah ianya adalah demam yang luar biasa. Alhamdulillah setakat ini Jam tidak pernah lagi menghadapi demam denggi ni.Tapi bulan lepas mendapat berita abang kandung Jam di tahan wad kerana mengidap denggi. Kesian pula tengok sebab banyak kena masuk  air. Jadi hari ni Jam terpanggil untuk berkongsi petua orang dulu-dulu untuk merawat demam denggi ni. Jus daun betik Dikatakan jus daun betik ini mampu meningkatkan platelet dalam badan seseorang. Namun jika bintik-bintik merah akibat denggi sudah ketara, mungkin pengamalan jus ini sudah tidak efektif lagi. Senang saja penyediaannya iaitu ambil 3 pelepah daun betik, potong pendek-pendek dan masukkan 3 gelas air. Rebus dengan api sederhanaa sehingga ianya menjadi segelas air. Jus Jambu batu merah Kaya dengan vitamin c sekaligus dapat meningkatkan sistem i...

Kenali Tanda dan tips mencegah scabies (Kudis Buta)

Zaman kat universiti dulu pernah Jam dan kawan-kawan  gatal-gatal, kulit jadi merah tak tahu sebab apa. Boleh dikatakan setiap hari bangun tidur terasa gatal.Nak di jadikan cerita suatu hari kawan Jam terjumpa sesuatu kat tilam. Hama! Selepas daripada itu satu bilik Jam kemas nak bagi hilangkan hama ini. Tilam sembur fabreze dan jemur tengah panas, selimut semua basuh, tapi gatal-gatal tu masih ada lagi. Last sekali Jam beli je tilam baru..Selesai masalah.hihi Hari ini terdetik nak berkongsi bagaimana nak cegah hama ini. Hama ini atau nama saintific Sarcoptes scabies merupakan penyebab utama scabies atau lebih glamor dipanggil kudis buta. Kudis buta adalah sejenis penyakit jangkitan kulit yang berjangkit yang disebabkan oleh hama. Hama adalah sejenis makhluk seperti serangga yang membentuk laluan atau terowong di bawah lapisan luar kulit. Ianya bertelur di bawah kulit dan menghisap darah dari mangsanya. Kudis buta dijangkiti melalui sentuhan langsung kulit ke kulit....

Petua Tradiotional Hilangkan Panau

Entry lepas Panau tiada lagi, kulit lebih cantik dengan vivix Jam ada bagi info pasal panau kan. So korang boleh baca kat situ pasal panau ni. Ok sekarang ni Jam nak kongsikan pula cara-cara nak hilangkan panau dengan cara traditional pulak. Kalau dulu abah Jam selalu sapu lengkuas pada tempat kena panau,  habis semerbak satu rumah bau lengkuas tu. Abah cakap tak selesa sikitlah sebab lepas sapu ianya panas. Petua Hilangkan Panau Lengkuas Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkepa panau. Ketika mengamalkan ini elakkan memakan sebarang lengkuas. atau Tumbuk beberapa helai daun lengkuas ambil airnya dan sapu pada tompok-tompok panau. Lakukan beberapa kali.Kalau nak nampak kesan dengan cepat, kalau boleh elakkan memakan lengkuas. Daun belimbing  Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dengan beras hingga lumat. Kemudian tampalkan ramuan tersebut pada kulit berpan...

Ingatkan sakit belakang biasa sahaja, rupa-rupanya kesan daripada kayap

Hari ini berpeluang membuat research mengenai penyakit kayap.Kalau masa kecik-kecik dulu ingatkan kayap ni biasa-biasa saja tapi hari ini baru tahu info pasal kayap ini. Kayap ini adalah sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan virus varicella zoster (vvz). Nama virus yang begitu asing bagi Jam sebab sebelum ni memang tak penah dengar pun. Haa rupa kayap macam gambar kat atas tu. Kelihatan cacar air mengikuti urat saraf belakang. Itulah yang membezakan kayap dengan penyakit kulit yang lain. Antara tanda-tanda kayap adalah : Sakit, kebas dan panas pada urat saraf yang terlibat Demam Keletihan Sakit kepala Bagaimana ia boleh berlaku? Contoh yang senang Jam ambil adalah chicken pox. Jika seseorang mendapat chicken pox, VVZ tadi akan aktif dalam badan kita. Apabila cacar air sembuh virus ini akan bermaharajalela di pusat saraf atau ganglion.Maka, apabila sistem imum dalam badan kita mula lemah virus ini mula menyerang urat saraf. Maka deng...

siakap tiga rasa simple

Assalamualaikum semua. Semalam berbuka puasa tak tahu nak masak apa. Tanya en suami katanya tak kisah masak apa-apa, asalkan boleh makan. Dalam pening-pening tak tahu nak makan apa, pergi jalan-jalan kat eon big. Nampak ikan siakap murah-murah.Ok dapat dah idea nak masak apa. Ikan siakap tiga rasa!hehe. Jadi macam ini.Tapi ini gambar kredit to mr google sebab semalam tak sempat nak ambil gambar. En suami cakap 'sedap, sedap sangat. Ini boleh dah buka kedai makan'. Apalagi mama pun senyum sampai ke telinga. Dalam hati pandai jugak aku masak.Nak makan pun rasa dah kenyang bila en suami puji macam tu. Haaa ari ni Jam nak kongsilah resepi ngan korang kat luar sana resepi ikan siakap tiga rasa yang simple tapi sedap. Bahan-bahan : 1 ekor ikan siakap 3 biji bawang merah (potong dadu) 3 biji bawang putih (potong dadu) 10 biji cili hijau (dihiris) Nenas (potong dadu)  2 sb cili giling 2 sb sos tomato 3 sb sos cili 3 sb sos tiram 2 biji tomat...

bila anak terkena asthma, apa yang harus anda lakukan?

Selalu kita dengar bayi jangan diletakkan dalam bilik dengan kipas yang terlalu kuat, takut-takut nanti terkena asthma. Apa itu asthma sebenarnya? Asthma adalah penyakit radang sistem pernafasan yang kronik, di mana salur pernafasan menjadi Merah Bengkak Menghasilkan lendir berlebihan Mudah teransang (hypersensitive) Apabila terdedah kepada rangsangan atau faktor pencetus, salur pernafasan menjadi sempit dan ini menyebabkan kesukaran bernafas. Tanda asthma Nafas berbunyi Susah untuk menghembus nafas (breath out) Nafas laju Denyutan jantung cepat Penyebab asthma Jangkitan virus pada sistem pernafasan Merokok Perubahan cuaca Alahan pada debunga seperti house dust mile, kulat dan binatang peliharaan Bahan peransang seperti minyak wangi, bau cat dan habuk lantai Makanan dan perasa tmabahan makanan Ubat seperti aspirin atau lain-lain ubat tahan sakit Emosi Gastro-oesophageal reflux (Pengaliran asid dari perut ke atas) Apa yang patut anda lakukan semasa ...