Pernah dengar supplement berasaskan zinc? Sebenarnya zinc ini sangat bermanfaat dan berguna untuk tubuh badan kita.
Zinc ini adalah satu mineral penting dalam tubuh yang membantu dalam pertumbuhan sel, penyembuhan luka, dan membantu dalam sistem pertahanan tubuh
Zinc ini sesuai di ambil oleh sesiapa sahaja, dari orang dewasa, orang perempuan, orang lelaki , orang tua semua boleh ambil zinc ini.
Tapi hari ini Ms J hanya nak berkongsi mengenai 3 kelebihan zinc supplement untuk kaum lelaki. Nak tahu apa kelebihan zinc supplement ini?
Ini haa:
Kelebihan Supplement Zinc Untuk Kaum Lelaki
Fokus
- Nak otak yang fokus, ambil zinc supplement bersama sama dengan omega 3 supplement
- bantu pertumbuhan mental yang sihat
- bantu dalam emosi dan mood yang positif
- bantu dalam fungsi kognitif yang sihat sesuai dengan umur
Produktif (Kesuburan)
- Sangat bagus diambil bersama supplement vitamin E
- Melindungi sperma lelaki daripada sebarang serangan radikal bebas
- Memastikan kesihatan sperma yang sihat supaya mereka boleh berenang ke arah yang betul
- Kekalkan kesihatan tahap testosterone untuk penghasilan sperma yang baik
Energetic
- Sangat bagus untuk di ambil bersama supplement Coqtrol 10
- bantu meningkatkan kekuatan otot
- meningkatkan penghasilan tenaga di tissue, sel dan organ
- bantu dalam peredaran darah
Dan dengan ketiga tiga fakta inilah mengapa Ms J katakan, bahawasanya supplement berasaskan zinc ini sangat bagus.
Dan mesti korang tertanya tanyakan, kalau ambil zinc sahaja tak boleh ke? Sebenarnya kan, dengan tambahan seperti vitamin yang Ms J sarankan di atas tu kesannya adalah lebih baik ,berbanding dengan pengambilan zinc sahaja.
Haaa, kalau dah tahu tu, meh la kita lengkapkan vitamin seharian kita. Moga kita menjadi orang orang yang sihat sejahtera!
Comments
Post a Comment