Skip to main content

6 Tips Pilih Serbuk Protein Yang Terbaik!

Semalam Ms J ada membaca mengenai cara pilih protein, serbuk protein yang terbaik untuk kita ambil. Ya, nak pilih serbuk protein pun ada caranya juga, bukan main terjah je.

Kalau tak, sebelum ini Ms J tak ambil kisah sangat pun mengenai cara pilih serbuk protein ini. Tapi sejak daftar dengan shaklee ini sedikit sebanyak buka mata Ms J untuk pilih serbuk protein yang terbaik.

Tips Pilih Serbuk Protein

Cara pilih serbuk protein yang terbaik bukan ada pada harga. Iyalah, bagi kita yang mahal itulah yang bagus. Tak juga taw. Ikuti panduan, tips memilih serbuk protein yang terbaik dengan meneliti semua perkara ini:

Tips Pilih Serbuk Protein

Pilih Serbuk Protein Berasaskan Soya


Ada apa dengan soya ini, nak pilih serbuk protein pun kena berasaskan soya ke? Sebenarnya serbuk protein soya ini banyak manfaatnya.

Antaranya adalah sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah 'lactose intolerance'. Atau dengan erti kata lain mereka yang tidak boleh ambil susu atau produk tenusu yang lain.

Selain daripada itu, protein yang berasaskan soya ini boleh membantu mereka menurunkan kolestrol. Haa, sesuai sangat la tu untuk mereka yang berdiet mahupun mereka yang mempunyai kolestrol tinggi.

Dikatakan lagi bahawasanya dengan pengambilan soya protein yang berterusan mampu mengurangkan syndrome menopos di kalangan wanita [Messina,M 2016]

Lagi satu, soya protein ini bersumberkan tumbuhan, maka ianya sangat sesuai diambil oleh semua orang termasuklah mereka yang vegetarian.

Tips Pilih Serbuk Protein : Berasaskan Soya

Tiada Gula


Ini antara perkara utama kalau kita nak pilih serbuk protein. Kebanyakkan serbuk protein ini pasaran ini ditambah dengan gula untuk menjadikan ia lebih sedap.

Sedangkan kita ambil serbuk protein ini untuk memperbaiki kesihatan, untuk mengekalkan paras gula dalam darah.

Jadi, buatlah keputusan yang bijak dengan memilih serbuk protein yang tidak ditambah dengan perasa atau gula.

Mempunyai Glisemik Indeks (GI) yang Rendah


Glisemik indeks ini bermaksud kadar penyerapan glucose dalam darah. Semakin tingi GI, semakin cepat glucose dicernakan. Ini menjadikan kita mudah penat dan cepat penat

Sebaliknya GI yang rendah, membantu mengekalkan paras gula dalam darah, menjadikan kita rasa kenyang yang berpanjangan.

Maka, pilihlah serbuk protein yang mempunyai GI yang rendah ye.

Tips Pilih Serbuk Protein : Rendah Glisemik Indek

Mempunyai 9 Amino Asid Perlu


Amino asid ini adaalah asas binaan utama untuk protein. Dengan pengambilan harian 9 amino asid perlu ini mampu menjadikan badan kita berfungsi dengan baik.

Selain itu, ianya berfungsi untuk memperbaiki tisu, tulang dan rambut.

Non GMO


Genetically modified organism (GMO) ini adalah tumbuhan atau binatang yang di ubah secara genetik. Makanan yang berasaskan GMO boleh mendatangkan masalah kesihatan di kemudian hari.

Sebaliknya makanan yang berasaskan non GMO adalah lebih sihat dan selamat.


Rendah Lemak


Ini adalah antara yang penting ketika memilih serbuk protein. Pilih serbuk protein yang rendah lemak, kerana ianya mampu menyeimbangkan 'muscle mass' and paras kolestrol.

Dan kalau nak tahu Energising Soy Protein (ESP) menepati kesemua ciri ciri di atas.Maka, tunggu apa lagi hubungi Ms J untuk sebarang belian atau pertanyaan.









Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Khasiat Buah Pear Yang Ramai Tak Tahu!

Nah buah pear! Sebenarnya Ms J ni jarang nak makan buah, apatah lagi buah buahan import seperti buah pear ni. Tapi disebabkan oleh nak diet dan sihat, maka terpaksalah ambil buah pear ni. Sebenarnya, tak tahu nak beli buah apa semalam. Pergi pasar malam ternampak buah pear yang besar besar dan cantik, maka terjebak juga untuk beli.hehe Buah pear ni Ms J panggil sebagai buah lai. Iyalah lain negeri lain juga panggilan untuk buah pear ni kan.Dalam bahasa sains nya buah pear ini dikenali sebagai pyruss spp. Sebenarnya buah pear ni ada dua jenis, ada yang kulit hijau dan kulit kuning air macam tu. Buah pear ini sering dicari oleh ramai orang kerana ianya banyak dijual di pasar basah, pasar malam, pasar tani, dan mana mana pasaraya. Lagi satu buah pear ni diminati oleh ramai orang kerana harganya yang murah dan berpatutan. Bukan sebab harganya yang murah je , tapi buah pear ini mempunyai khasiat yang tersendiri.  Antara khasiat buah pear ini adalah bertindak seb...

Punca Berlakunya Pendarahan Ketika Hamil

Pernah dengar bunting pelanduk? Ada juga yang panggil sebagai bunting harimau. Tapi bagi Ms J ini adalah pertama kali Ms J dengar setelah mengalami masalah ini.Masalah ini adalah mengenai pendarahan yang berlaku ketika hamil. Dalam bahasa istilah perubatan pula, tiada istilah period tapi hamil atau bunting pelanduk dan bunting harimau ini sebenarnnya. Yang ada hanyalah ancaman keguguran atau 'treathen abortion'. Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada masalah ini.Ini adalah antara punca kenapa pendarahan berlaku semasa hamil: Pendarahan Implantasi (Implantation Bleeding) Implantasi atau dalam bahasa mudahnya persenyawaan antara ovum dan sperm yang melekat di dinding rahim boleh juga menyebabkan pendarahan. Namun pendarahan yang berlaku hanyalah sedikit sahaja dan biasanya ianya berlaku dalam tempoh 1 hari hingga 3 hari. Pendarahan ini di anggap normal kerana pendarahan yang berlaku ketika proses implantasi. Pendarahan Penebusan (Bre...