Skip to main content

Cara Dapatkan Kulit Cantik Dengan Mudah

Semua orang nak dapatkan kulit cantik ini. Tak kiralah lelaki atau wanita, semua berebut nak mempunyai kulit cantik ini kan.

Apatah lagi kalau tengok cerita Korea, semua artisnya mempunyai mempunyai kulit cantik, halus dan licin sahaja. Kalau nak dibandingkan dengan diri sendiri, memang kalah lah.huhu.


Mempunyai kulit yang cantik bukanlah suatu perkara yang mudah tapi tak mustahil. .Mungkin ada yang terpaksa menahan diri daripada mengambil makanan kegemaran mereka, malah mungkin juga ada yang terpaksa berhabisan duit untuk mempunyai kulit cantik ini.

Eh, betul ke senang cara nak dapatkan kulit cantik ini? Tak caya lah.Haa betul..senang saja yang penting kena konsistent buat taw.

Di sini Ms J cuba senaraikan beberapa perkara yang kita boleh cuba di rumah, amatlah mudah dan senang di amalkan sebagai salah satu cara untuk mendapatkan kulit yang cantik.

Cara Dapatkan Kulit Cantik Dengan Mudah 


Air masak


Yang ini selalu kita dengar, nak kulit kulit cantik minumlah air masak yang secukupnya. Tapi mungkin ada yang pandang rendah dan tidak percaya dengan kuasa air masak ini.

Lagi satu ramai di kalangan kita yang kurang mengambil air masak, sebaliknya lebih gemar mengambil air bergula dan berais.Mungkin juga kerana faktor cuaca yang panas.

Tapi sedar atau tak, sebenarnya air masak ini boleh membantu kita untuk dapatkan kulit cantik dengan mudah. Mudahnya sebab kat mana mana pun kita boleh bawa air masak dan minum.

Jangan biarkan badan kita kekurangan air masak, sebaliknya minumlah air masak yang mencukupi.Ini kerana air masak mampu membuang toksin dan sisi pepejal dalam badan yang boleh mendatangkan penyakit.

Jus lemon


Jus lemon juga boleh digunakan untuk mendapatkan kulit yang cantik. Ianya mampu membuang sel sel mati di dalam kulit sekaligus membuatkan parut kelihatan semakin pudar dan lama kelamaan ianya akan  hilang.

Cara dapatkan kulit cantik dengan hanya bermodalkan sebiji lemon, oh tersangatlah senang. Setiap hari dengan hanya memerah sebiji lemon dan sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah.

Buat mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak amatlah sesuai amalkan jus lemon ini. 

Bukan itu sahaja, kalau nak jadikan jus lemon ini sebagai masker pun boleh.Caranya hanya dengan campurkan jus lemon ini bersama putih telur dan sapukan pada muka.

Buah Tomato


Ini juga salah satu cara kita boleh gunakan untuk dapatkan kulit yang cantik. Eh, rasanya semua orang sudah tahu buah tomato ini sebagai skin toner, ianya membantu merawat jerawat, jeragat dan seangkatan dengannya.

Maka ,apa lagi cuba jangan tak cuba taw. Caranya senang sahaja. Blendkan buah tomato sehingga ianya menjadi pes dan sapukan dimuka.Sungguh segar rasanya.

Madu


Semua orang pun dah tahu kebaikkan madu ini.Ianya bukan sahaja untuk kesihatan dalaman, malah kesihatan luaran seperti seperti untuk mendapatkan kulit yang cantik juga boleh.


Madu ini sudah digunakan sejak zaman datuk dan nenek kita dahulu kala lagi. Ini kerana sifat madu yang :


  • Antioksidan yang tinggi, yang mana boleh membantu mengurangkan kerosakan akibat sinar matahari dan meremajakannya.



  • Besifat pelembap, yang mana membantu menarik air dan mempertahankannya, sehinggakan menjadikan madu sebagai salah satu bahan agen pelembap dan pembersih



  • Mempunyai kolagen yang tinggi, yang mana boleh merawat bekas luka



  • Bersifat antibakteria dan anti inflamasi yang tinggi, yang mana sangat bagus untuk merawat masalah berkaitan luka.



Cara dapatkan kulit yang cantik dengan madu ini mudah sahaja, sapukan rata madu di bahagian yang kulit yang bermasalah dan biarkan selama 10 minit.


Minyak Tea Tree 


Pernah dengar minyak tea tree? Kalau nak ttahu minyak tea tree ini banyak terkandung di dalam produk pembersih muka kerana sifatnya yang boleh membantu mengurangkan jerawta dan parut.

Aloe vera


Alor vera atau daun lidah buaya juga sangat bagus untuk dapatkan kulit yang cantik. Malah ini juga salah satu perkara yang sering Ms J gunakan untuk untuk masalah kulit kulit.

Caranya senang saja, sapukan gel aloe vera daripada daunnya dan sapu di bahagian muka.Seriously rasa sejuk dan segar je.


Haa senang je kan cara nak dapatkan kulit cantik ini.Seperti yang Ms J katakan tadi cara ini kena buat konsistent lah, bukan kejap ada kejap takde.

Yang penting kena sabar. Selain daripada cara luaran di atas, kita juga boleh mencuba cara dalaman seperti dengan mengambil minyak ikan ikan omega 3 dalam diet seharian kita.

Bila cara luaran dan dalaman sudah di ambil maka, ianya boleh mempercepatkan lagi hasil untuk mendapatkan kulit yang cantik.


Cara Dapatkan Kulit Cantik Dengan Minyak Ikan Omega 3


Testimoni 1 :

Kulit muka makin pinkis sejak amalkan omega guard shaklee!



Ms J 016 444 2685
















Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Khasiat Buah Pear Yang Ramai Tak Tahu!

Nah buah pear! Sebenarnya Ms J ni jarang nak makan buah, apatah lagi buah buahan import seperti buah pear ni. Tapi disebabkan oleh nak diet dan sihat, maka terpaksalah ambil buah pear ni. Sebenarnya, tak tahu nak beli buah apa semalam. Pergi pasar malam ternampak buah pear yang besar besar dan cantik, maka terjebak juga untuk beli.hehe Buah pear ni Ms J panggil sebagai buah lai. Iyalah lain negeri lain juga panggilan untuk buah pear ni kan.Dalam bahasa sains nya buah pear ini dikenali sebagai pyruss spp. Sebenarnya buah pear ni ada dua jenis, ada yang kulit hijau dan kulit kuning air macam tu. Buah pear ini sering dicari oleh ramai orang kerana ianya banyak dijual di pasar basah, pasar malam, pasar tani, dan mana mana pasaraya. Lagi satu buah pear ni diminati oleh ramai orang kerana harganya yang murah dan berpatutan. Bukan sebab harganya yang murah je , tapi buah pear ini mempunyai khasiat yang tersendiri.  Antara khasiat buah pear ini adalah bertindak seb...

Punca Berlakunya Pendarahan Ketika Hamil

Pernah dengar bunting pelanduk? Ada juga yang panggil sebagai bunting harimau. Tapi bagi Ms J ini adalah pertama kali Ms J dengar setelah mengalami masalah ini.Masalah ini adalah mengenai pendarahan yang berlaku ketika hamil. Dalam bahasa istilah perubatan pula, tiada istilah period tapi hamil atau bunting pelanduk dan bunting harimau ini sebenarnnya. Yang ada hanyalah ancaman keguguran atau 'treathen abortion'. Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada masalah ini.Ini adalah antara punca kenapa pendarahan berlaku semasa hamil: Pendarahan Implantasi (Implantation Bleeding) Implantasi atau dalam bahasa mudahnya persenyawaan antara ovum dan sperm yang melekat di dinding rahim boleh juga menyebabkan pendarahan. Namun pendarahan yang berlaku hanyalah sedikit sahaja dan biasanya ianya berlaku dalam tempoh 1 hari hingga 3 hari. Pendarahan ini di anggap normal kerana pendarahan yang berlaku ketika proses implantasi. Pendarahan Penebusan (Bre...