Skip to main content

Bahaya Kencing Manis Ketika Hamil

Rasanya kencing manis ketika hamil ini sangat sinonim dengan ibu hamil.Kencing manis ketika hamil ini juga di panggil sebagai Gestational Diabetis (GDM).Alhamdulillah sepanjang kehamilan lepas Ms J tidak pernah mengalami masalah GDM ini.



Seperti yang kita tahu kencing manis ketika hamil ini bukanlah sejenis penyakit, namun ianya disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil.Sebab itu jugalah bakal ibu sebelum hamil tidak pernah mendapat kencing manis, tetapi apabila hamil di kesan mengidap kencing manis.

Hormon yang mengawal kandungan gula dalam darah di panggil sebagai insulin.Ketika hamil badan tidak boleh menghasilkan insulin ini dengan kadar yang mencukupi.Kesannya, gula dalam darah akan berlebihan dan cenderung kepada kencing manis.

Jika anda salah seorang daripada ibu-ibu GDM, jangan risau kerana GDM ini boleh hilang selepas melahirkan anak nanti.Cumanya, apabila ibu mempunyai GDM ini mungkin membawa risiko-risiko yang tertentu pada bayi kelak.

Bahaya Ke Kencing Manis Ketika Hamil?


Ramai yang risau dan tertanya-tanya bahaya ke kencing manis ketika hamil ini. Ini antara info yang Ms J kupas daripada Dr Zubaidi.Kesannya boleh berlaku kepada dua-dua pihak, iaitu ibu dan anak.

Ibu hamil yang mengidap kencing manis berisiko tinggi untuk kematian bayi dalam kandungan walaupun kandungan telah mencecah 2 bulan.

Saiz bayi menjadi besar (macrosomia), yang mana boleh menyebabkan komplikasi semasa bersalin kelak.

Selain itu bayi yang bersaiz melebihi 4 kg berisiko mendapat kecederaan bahu (shoulder dystocia) semasa proses bersalin.

Aras glukos yang tinggi di dalam darah akan menyebabkan bayi menghasilkan lebih banyak insulin.Ini menyebabkan paras gula dalam darah bayi menjadi rendah (hypoglycemia) dan mereka memerlukan penyusuan yang kerap kelak.

Manakala bagi ibu yang pernah mengidap GDM ini, selepas empat bulan melahirkan anak, mereka lebih cenderung untuk mempunyai tekanan darah tinggi dan dan mempunyai protein yang berlebihan di dalam air kencing.


Bukan itu sahaja malah  ibu ibu ini mempunyai risiko tinggi untuk mendapat jangkitan seperti jangkitan pada faraj (vaginal moniliasis), jangkitan pada luka yang menyebabkan lambat untuk pulih dan majoriti ibu akan mendapat kencing manis type 2 kelak.

Maka, buat ibu hamil yang mengidap GDM ini mereka perlu di monitor tahap gula dalam darah agar tidak membawa kemudaratan kelak.Salah satunya adalah ibu ibu boleh mengubah diet pemakanan seharian.Boleh juga baca KENCING MANIS KETIKA HAMIL: TIPS PEMAKANAN YANG HARUS DI PRAKTIKAN

Buat ibu ibu hamil yang mengidap GDM ini, Ms J  doakan semoga di permudahkan urusan bersalin kelak ye!








Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...