Skip to main content

Tips Banyakkan Susu Badan Tanpa Keluar Modal Yang Besar

Ramai ibu di luar sana risau apabila susu badan tidak mecukupi kan? Lagi bertambah pening bila anak selalu merengek, seolah olah meminta susu.

Ada sesetengah ibu, bukan masalah tiada susu, tapi masalah susu yang tidak pekat. Susu ini boleh menyebabkan bayi tidak cukup dan tidak puas meminum susu.


Tambah tambah lagi bagi ibu yang pertama kali melahirkan anak. Mereka kurang mahir dalam mendalami masalah susu ibu.

Termasuklah macam Ms J sendiri. Semasa melahirkan anak pertama, susu badan Ms J ada, tapi tidak banyak dan tidak pekat.

Akibatnya anak selalu menangis, sampai pening di buatnya. Tapi sejak membaca mengenai tips memperbanyakkan susu ibu ini rasa sedih pula.

Alangkah ruginya Ms J. Jikalau dari dulu lagi Ms J praktikan bagus.Okla di sini Ms J nak kongsikan tips bagaimana nak meningkatkan pengeluaran susu ibu tanpa mengeluarkan modal yang besar.

Elakkan Susu Botol, Tingkatkan Pemberian Susu Badan

Tahu tak semakin banyak kita memberi, semakin banyak susu ini akan terhasil? Hebatkan kuasa Allah.

Apabila bayi meminum susu langsung dari badan si ibu, signal akan di hantar kepada otak si ibu untuk merangsang payu dara menghasilkan lebih banyak susu.

Berikan Susu Badan Sahaja

Jika anda benar-benar ingin menyusu badan secara ekslusif selama 6 bulan, Ms J sarankan anda untuk memberi susu badan sahaja tanpa campuran mana-mana susu formula.


Memangla pemberian susu formula boleh memberikan bayi lebih cepat kenyang, tapi jika selalu berikan susu ini boleh menyebabkan bayi menolak susu ibu, kerana mereka seolah tidak boleh menerima susu yang berbeza.

Kerapkan Kali Menyusu

Satu persoalan yang mungkin timbul di fikiran si ibu apabila bayi merengek.

' baru sahaja menyusu, takkan nak susu lagi'

Betul tak? Tahukah anda dengan kerap kali menyusu boleh menghasilkan susu lebih banyak?Pernah dengar 'konsep demand and supply'. Maksudnya semakin banyak permintaan, semakin banyak pengeluaran susu.

Kerap Bersama Bayi dan Tidur Bersama Bayi

Teringat semasa melahirkan anak pertama dahulu, mak Ms J ajarkan menyusu sambil baring. Maksudnya sambil baring sambil menyusukan bayi.



Tapi hati-hati takut si bayi tersedak nanti..hehe. Apa yang Ms J suka mengenai teknik ini adalah senang dan memudahkan. Tak ada sakit belakang sebab duduk terlalu lama.

Moga tips ini boleh mebantu ibu-ibu di luar sana, terutamanya buat mereka yang pertama kali menjadi ibu.Gudluck!














Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...