Skip to main content

Emergency Leave Kerana Sakit Perut Akibat Apendiks

Beberapa bulan yang lepas, Ms J amat terkejut apabila mendapat tahu kawan sekerja EL dan masuk hospital kerana apendik.Sehari sebelum itu kami siap pergi makan tengahari bersama-sama lagi.


Apa itu apendik?





Apendiks merupakan satu organ seakan kantung yang terkeluar dari kolon di bahagian bawah dan kanan abdomen. Walaupun fungsi dan struktur organ ini tidak begitu dikenalpasti tetapi ini tidak bermaksud organ tersebut tidak akan mendatangkan masalah.

Apendisitis merupakan satu keadaan di mana apendiks itu akan membengkak dan dipenuhi nanah. Adalah dianggarkan lebih kurang 2 % dari mana-mana kalangan masyarakat akan mengalami penyakit radang apendiks dalam jangka hayat mereka.

Simptom utama apendisitis adalah rasa sakit yang bermula dibawah perut (tengah abdomen) dan beralih ke bahagian bawah kanan abdomen. Rasa sakit apendisitis selalunya menjadi bertambah sakit dalam tempoh 6-12 jam dan lama kelamaan ianya akan menjadi teruk. 

Sesiapa sahaja boleh mngalami apendisitis tetapi lazimnya ia terjadi di kalangan mereka yang berumur di antara 10-30 tahun. Apendisitis merupakan salah satu sebab utama surgeri di bahagian abdomen kanak-kanak dilakukan. 

Apendisitis yang teruk disebabkan oleh halangan lumen (rerongga) apendiks. Sebab yang paling lazim ialah 'faecolith' (cebisan najis kecil). Ia juga boleh disebabkan oleh tumbuhan atau bengkak di tisu limfoid, walaupun ia jarang sekali berlaku.

Apabila dihalang, tekanan di dalam apendiks meningkat dan memotong bekalan darah. Ini mengakibatkan pengulseran, jangkitan bakteria dan akhir sekali gangren dan apendiks terkoyak

Tanda-tanda :

Selain rasa sakit seperti diatas, apendiks juga di datangi dengan tanda-tanda seperti di bawah:

  • rasa mual dan muntah
  • hilang selera makan
  • demam ringan selepas timbul tanda-tanda dan simptom lain
  • sembelit
  • tidak boleh mengeluarkan gas/angin (kentut)
  • bengkak di bahagian abdomen

Doktor akan mendiagnosis apendisits dengan 

  1. mengambil sejarah klinikal yang menyeluruh
  2. melakukan pemeriksaan klinikal yang teliti - memeriksa abdomen anda bagi nyeri dan ketegangan otot
  3. melakukan penyemakan kerap ke atas keadaan klinikal

Komplikasi


Jika anda mengalami tanda-tanda di atas jangan dipandang remeh. Seeloknya berjumpa lah doktor dengan segera. Ini kerana apendisitis  boleh menyebabkan jangkitan di bahagian lapisan abdomen (peritonitis). 

Ianya mungkin terjadi jika apendiks anda pecah dan isi kandungan usus dan organisme akan berjangkit masuk ke dalam kaviti. Apabila ini terjadi anda akan rasa lega secara tiba-tiba. Tetapi sejurus kemudian seluruh bahagian abdomen anda akan dipenuhi gas dan cecair sebelum ianya mengeras dan terasa sakit apabila apabila disentuh.

Anda juga akan sakit di bahagian abdomen tetapi mungkin tidak seteruk rasa sakit apendisitis yang normal. Tambahan pula anda mungkin tidak boleh mengeluarkan angin (kentut) atau membuang air besar disebabkan inflamasi usus.

Lain-lain simptom adalah demam, rasa haus yang keterlaluan dan pembuangan air kecil yang amat sedikit. 

Adakalanya jangkitan atau penyerapan kandungan usus akan membentuk lapisan nanah (appendiceal abcess) sekecil biji kacang atau sebesar buah limau. Walau apa pun saiznya ia memerlukan surgeri sebelum nanah itu menembusi dinding usus itu menyebabkan peritonitis

Rawatan 


Apendisitis yang teruk dirawat secara pembedahan dengan membuang  apendisitis yang radang dan membersihkan sebarang cecair yang dijangkiti di dalam abdomen. Prosedur ini dikenali sebagai apendisektomi. Antibiotik intevena umumnya diberikan sebaik sahaja apendisitis yang teruk di diagnosis.

Supplement 

Anda juga boleh mengambil supplement selepas pembedahan. Kenapa? Kerana ia amat membantu untuk memulihkan kesan luka pembedahan.Contohnya:




B complex - mampu memberi tenaga dan cegah stress


Vitamin C - Membantu pemulihan luka dan meningkatkan sistem imum dalam badan


Zinc Complex - Mampu menyembuhkan luka


Vitalea - Mutivitamin dan memberikan tenaga


Hubungi Atau Wasapp Ms J di 016- 444 2685















Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...