Skip to main content

Bersin Keluar Darah Akibat Resdung

Pernah kah anda apabila menyapu sampah atau mengemas rumah anda akan mula bersin-bersin, hidung gatal-gatal? Itu salah satu tanda anda mempunyai resdung.

Resdung ini memang selalu terjadi di kalangan masyarakat kita. Apa yang Ms J perhatikan kan kita mangambil mudah tentang masalah ini.



Macam Ms J sendiri pun mempunyai resdung. Jadi apa yang Ms J lakukan adalah menjaga pemakanan. Antara makanan yang perlu Ms J elakkan adalah budu, kuah rojak, dan air asam.

Semua itu adalah antara kegemaran Ms J, tapi kalau makan juga memang rasa tak selesa pada hidung dan muka. Kalau boleh tu rasa nak cabut je hidung ni.

Resdung atau sinusitis ini terjadi apabila terjadinya keradangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Antara kuman yang biasa mendatangkan resdung adalah :

Streptococcus
Staphylococcus

Umumnya kedua-dua kuman ini memang sedia ada dalam badan kita. Namun, jika berlaku kepincangan dalam sistem pertahanan badan, kuman ini boleh membiak dengan tidak terkawal dan menyebabkan resdung.

Biasanya resdung ini terjadi untuk beberapa hari.Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selsema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang boleh membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria.

Inilah yang dipanggil sebagai sinusitis akut.

Manakala sinusitis kronik pula adalah masalah sinusitis yang datang secara berterusan dan berbulan-bulan.Jika ini berlaku kepada anda jangan ambil mudah kerana sinusitis kronik ini boleh membawa kepada komplikasi yang serius seperti jangkitan pada otak dan kebutaan.

Apakah yang menyebabkan sinusitis?


Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selsema dan selalunya dikaitkan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan.

Ia boleh berlaku kepada semua semua peringkat umur.

Dikalangan kanak-kanak simptom yang lazim berlaku ialah pengap hidung. Ini akan menyebabkan sakit di mata dan bengkak di sekitarnya.

Keadaan ini memerlukan rawatan kecemasan

Tanda-tanda resdung :

  • Hidung selalu tersumbat
  • Lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit dan rasa berat muka terutama pada bahagian mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang  berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

Pencegahan


Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Maka salah satu cara kita nak mencegah resdung ini daripada berlaku adalah:

  • Banyakkan meminum cecair apabila anda diserang selesema, untuk mencairkan mukur dan mengalirkannya keluar
  • Jauhkan diri anda daripada asap tembakau/rokok dan udara yang tercemar. Ia boleh meradangkan laluan hidung anda. Perokok lebih mudah mendapat mendapat sinusitis
  • Jangan pergi berenang atau menyelam ketika diserang sinusitis kerana bahan klorin yang terdapat pada air di dalam kolam renang akan menganggu pengalas lapisan hidung dan sinus. Penyelam biasanya akan mengalami kesesakan hidung
Kalau dah terkena resdung macam mana nak ubati? Ramai yang dah mencuba set resdung shaklee ni dan mereka memberi respond yang positif.



Jom Ms J kongsikan testimoni mereka yang telah menggunakan produk dari shaklee untuk mengurangkan resdung.

Kisah Hani Nadhirah: 

Dulu asal bangun pagi je konfem sy bersin tak berenti...pernah sy bersin sampai darah kaluar dari hidung..boleh dikatakan sy mengalami resdung yg agak teruk laa. siap hidung dgn muka gatal2 lagi..jerawat takyah habaq laa...maleh nk igt balik..hahaha
Nak tau apa yg saya guna utk atasi resdung sy?sy guna set resdung shaklee vitamin C, Bcomplex & alfalfa complex..selepas 10tahun br rasa macam boleh bernafas dgn segar & lancar...Alhamdulillah sangat kannn..kenapalh dari dulu tak kenal bende alah ni..


Kisah Noor Aishah:

Kisah beliau yang mengalami alergic pada seafood dan resdung. Alhamdulillah setelah 3 minggu mengambil alfafa, semua itu tiada lagi. Beliau bebas daripada resdung. Bukan itu sahaja, malah masalah keputihan pun sudah beransur pulih.








Comments

  1. Hy... I have benefited a lot from visiting your site. Thank you Love you so much 💋

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Khasiat Buah Pear Yang Ramai Tak Tahu!

Nah buah pear! Sebenarnya Ms J ni jarang nak makan buah, apatah lagi buah buahan import seperti buah pear ni. Tapi disebabkan oleh nak diet dan sihat, maka terpaksalah ambil buah pear ni. Sebenarnya, tak tahu nak beli buah apa semalam. Pergi pasar malam ternampak buah pear yang besar besar dan cantik, maka terjebak juga untuk beli.hehe Buah pear ni Ms J panggil sebagai buah lai. Iyalah lain negeri lain juga panggilan untuk buah pear ni kan.Dalam bahasa sains nya buah pear ini dikenali sebagai pyruss spp. Sebenarnya buah pear ni ada dua jenis, ada yang kulit hijau dan kulit kuning air macam tu. Buah pear ini sering dicari oleh ramai orang kerana ianya banyak dijual di pasar basah, pasar malam, pasar tani, dan mana mana pasaraya. Lagi satu buah pear ni diminati oleh ramai orang kerana harganya yang murah dan berpatutan. Bukan sebab harganya yang murah je , tapi buah pear ini mempunyai khasiat yang tersendiri.  Antara khasiat buah pear ini adalah bertindak sebagai

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini

Ketagih Nestum Dan Oat Ketika Hamil Yang Melampau!

Hamil kali ini Ms J ada satu ketagihan yang melampau.Boleh dikatakan melampau sebab makan satu pun tak cukup. Masih lagi nak lagi. Kali ini Ms J agak ketagih dengan oat dan nestum. Bila nak minum je pasti cari dua benda alah ini. Ishh bancuh satu packet nestum pun tak cukup taw. Kalau dulu Ms J mana nak suka makan benda macam ini. Apatah lagi kalau nak minum air bergula, memang jauh panggang dari api. Selalunya Ms J dikenali sebagai seorang pencinta air masak sahaja. Tapi bila hamil semua tu boleh berubah. Betul la orang cakap, bila hamil hormon kita akan berubah diri kita 360 darjah. Kalau dulu suka, tapi bila hamil boleh jadi tak suka dan sebaliknya. Jadi jangan bongkak atau riak jika kita membenci atau menyukai sesuai. Bila bila masa sahaja Allah boleh tarik balik. Berbalik pada cerita Ms J tadi, bayangkan satu packet nestum pun tak cukup. Tambah pula ditambah dengan oat memang rasa sedap. Pekat dan lemak manis tu perrrghh rasa meleleh air liur.hehe