Skip to main content

Tips Mudah Rawat Puting Melecet

Masalah puting melecet memang sinonim dengan kaum ibu di luar sana. Rasa sakit yang amat sangat kadang-kadang menyebabkan si ibu tidak mahu lagi menyusukan bayinya.



So apa yang perlu kita buat adalah kenalpasti punca berlakunya puting melecet ini.

Antara faktor faktor puting melecet yang sempat Jam baca adalah:

  • Meletakkan bayi dalam posisi yang salah
  • Teknik penyusuan yang tidak betul
  • Penjagaan puting yang tidak betul


Antara faktor lain adalah ekzema puting. Apabila ekzema berlaku, puting menjadi merah kehitaman, gatal, meleleh dan bengkak



Selain itu faktor seriawan yang mana jangkitan kulat disebabkan oleh candida albicaus juga boleh menyebabkan puting melecet. Ia bermula dengan dengan rasa sakit, gatal dan pedih.Puting akan bertukar dari warna merah jambu ke merah

Bagi sesiapa yang pernah mengalami masalah ini memang tahu betapa sakitnya puting ketika menyusu. Malah Jam salah seorang ibu-ibu di luar sana yang mengalami masalah ini suatu masa dahulu.

Bolehkah masalah ini dirawat? Ya boleh. Antara yang boleh kita lakukan adalah 


  • Jangan hentikan penyusuan
  • Periksa sama ada anda menggunakan teknik yang betul semasa melekapkan bayi ke payu dara
  • Lakukan teknik yang betul jika salah
  • Perahkan sedikit susu dan sapukan pada puting. Ini boleh memulihkan puting yang melecet
  • Tidak perlu guna losyen
Mesti anda diluar sana tertanya jika masih juga melecet apa yang harus dibuat? Adakah shaklee boleh membantu? Ya boleh. Di bawah ini Jam sertakan testimoni pengguna yang telah menggunakan vitamin e,tiada lagi masalah pada puting



Selain itu boleh juga mencuba herbal blend shaklee




Semoga perkongsian ini memberi info dan motivasi buat ibu-ibu di luar sana agar teruskan penyusuan anda.







Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Ketagih Nestum Dan Oat Ketika Hamil Yang Melampau!

Hamil kali ini Ms J ada satu ketagihan yang melampau.Boleh dikatakan melampau sebab makan satu pun tak cukup. Masih lagi nak lagi. Kali ini Ms J agak ketagih dengan oat dan nestum. Bila nak minum je pasti cari dua benda alah ini. Ishh bancuh satu packet nestum pun tak cukup taw. Kalau dulu Ms J mana nak suka makan benda macam ini. Apatah lagi kalau nak minum air bergula, memang jauh panggang dari api. Selalunya Ms J dikenali sebagai seorang pencinta air masak sahaja. Tapi bila hamil semua tu boleh berubah. Betul la orang cakap, bila hamil hormon kita akan berubah diri kita 360 darjah. Kalau dulu suka, tapi bila hamil boleh jadi tak suka dan sebaliknya. Jadi jangan bongkak atau riak jika kita membenci atau menyukai sesuai. Bila bila masa sahaja Allah boleh tarik balik. Berbalik pada cerita Ms J tadi, bayangkan satu packet nestum pun tak cukup. Tambah pula ditambah dengan oat memang rasa sedap. Pekat dan lemak manis tu perrrghh rasa meleleh air liur.hehe ...

Vitagen Membantu Mengurangkan Masalah Anak Sembelit

Bila anak mengalami masalah sembelit, si ibu pula yang risau. Kekadang kesian melihat mereka ini meneran supaya najis senang keluar. Samalah dengan kisah Ms J.Anak bila dah masuk dua tahun dah mula makan pelbagai jenis makanan.Dan dari situlah Ms J perasan yang anak kerap kali sembelit. Tanda anak sembelit ini senang je nak lihat, bila  mereka duduk dan meneran dengan sekuat hati.Kadang tu sampai naik merah muka. Kalau untuk dewasa takpe lah mereka boleh disuruh minum air masak bebanyak kan. Tapi ini budak yang masih kecil, air masak memang kurang minum lah. Bagi mereka yang dewasa ingin mengetahui tips menggelakkan sembelit boleh klik  TIPS MUDAH MENGELAKKAN SEMBELIT Apatah lagi jika suruh makan sayuran.Memang di tolak terus.Apa yang dorang mahu adalah seperti gula-gula saja.Hmm nasiblah si ibu ini.. Puas memikirkan apa yang harus ku berikan pada si anak supaya dapat ubati masalah sembelit.Suatu hari terbelikan anak dengan air vitagen di pasaraya Longwan....