Skip to main content

Bahaya Ke Sembelit?

Sembelit ini adalah perkara biasa yang sering berlaku pada semua orang. Malah Ms J juga tidak terkecuali untuk mendapat masalah sembelit ini.

Masalah sembelit ini sering berlaku pada Ms J terutama sekali apabila mengambil produk tenusu dan kekurangan meminum air masak. Haa, nanti memang tidak tidak terlepas untuk mendapat masalah sembelit ini.

Sembelit 


Bahaya ke sembelit ini? Jika ini yang berlaku, ianya  adalah tidak berbahaya, kerana ianya disebabkan oleh gaya hidup kita.

Sama juga pada mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang lain, seperti pesakit gastritis. Mereka juga lebih cenderung untuk mendapat masalah sembelit kerana pengambilan ubat ántacid' yang mengandungi kalsium atau aluminium.

Selain itu mereka yang mengidap anemia, iaitu penyakit kurang darah mereka juga berisiko untuk mendapat sembelit. Bahaya Hb rendah ini taw.

Salah satu alternatif adalah pesakit ini terpaksa mengambil pil zat besi untuk tambah darah, namun kesan di sebalik ubat ini adalah sembelit.

Sembelit yang berlaku disebabkan oleh pengambilan iron tablet

Buat mereka yang mengambil ubat pelawas dalam jangka hayat yang lama juga boleh menyebabkan sembelit berlaku.Ini kerana otot-otot usus yang melakukan periltalsis sudah menjadi lemah.

Buat mereka yang sering menahan diri daripada membuang, kerana trauma kesakitan dan luka di sekitar kawasan anus juga berisiko untuk mendapat sembelit.Dengan asbab itu jugalah kita tidak digalakkan untuk menahan diri daripada membuang air besar.

Golongan ini lebih berisiko untuk mendapat masalah sembelit lebih tinggi berbanding kita yang normal.


Bahaya ke Sembelit?


Ramai yang memandang enteng mengenai masalah sembelit ini.Seperti yang Ms J katakan tadi, mungkin sembelit yang berlaku disebabkan oleh gaya hidup kita.

Namun perlu di ingat, gejala sembelit ini tidak harus di pandang remeh kerana ianya adalah faktor utama menjerumus kepada kanser usus.

Bahaya sembelit yang mana boleh mengakibatkan kanser usus

Antara tanda-tanda sembelit yang dikaitkan dengan kanser usus adalah:

➤Berak Berdarah
➤Sembelit diselangi cirit birit
➤Tidak berak dan kentut serta muntah
➤Tabiat ke tandas, tapi tiada najis

Jika ini sembelit disertai dengan tanda-tanda ini sering berlaku pada anda, maka segeralah berjumpa doktor terutamanya sekali buat mereka yang berumur 50 tahun ke atas.

Golongan ini lebih berisiko tinggi untuk mendapat kanser usus. Jadi jika anda sering sembelit disertai juga dengan berak berdarah ianya bukanlah buasir biasa. Seeloknya segera berjumpa doktor.

Kanser usus pada peringkat awal masih boleh dipulihkan dengan sepenuhnya, jadi bertindak lah segera sebelum ianya terlambat.

Dapatkan tips mudah mengelakkan sembelit ini daripada berlaku lagi.


Untuk mendapatkan vitamin shaklee untuk membantu masalah sembelit, bolehlah hubungi Ms J di talian 016 444 2685







Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Buah Pear Yang Ramai Tak Tahu!

Nah buah pear! Sebenarnya Ms J ni jarang nak makan buah, apatah lagi buah buahan import seperti buah pear ni. Tapi disebabkan oleh nak diet dan sihat, maka terpaksalah ambil buah pear ni. Sebenarnya, tak tahu nak beli buah apa semalam. Pergi pasar malam ternampak buah pear yang besar besar dan cantik, maka terjebak juga untuk beli.hehe Buah pear ni Ms J panggil sebagai buah lai. Iyalah lain negeri lain juga panggilan untuk buah pear ni kan.Dalam bahasa sains nya buah pear ini dikenali sebagai pyruss spp. Sebenarnya buah pear ni ada dua jenis, ada yang kulit hijau dan kulit kuning air macam tu. Buah pear ini sering dicari oleh ramai orang kerana ianya banyak dijual di pasar basah, pasar malam, pasar tani, dan mana mana pasaraya. Lagi satu buah pear ni diminati oleh ramai orang kerana harganya yang murah dan berpatutan. Bukan sebab harganya yang murah je , tapi buah pear ini mempunyai khasiat yang tersendiri.  Antara khasiat buah pear ini adalah bertindak sebagai

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini

Ketagih Nestum Dan Oat Ketika Hamil Yang Melampau!

Hamil kali ini Ms J ada satu ketagihan yang melampau.Boleh dikatakan melampau sebab makan satu pun tak cukup. Masih lagi nak lagi. Kali ini Ms J agak ketagih dengan oat dan nestum. Bila nak minum je pasti cari dua benda alah ini. Ishh bancuh satu packet nestum pun tak cukup taw. Kalau dulu Ms J mana nak suka makan benda macam ini. Apatah lagi kalau nak minum air bergula, memang jauh panggang dari api. Selalunya Ms J dikenali sebagai seorang pencinta air masak sahaja. Tapi bila hamil semua tu boleh berubah. Betul la orang cakap, bila hamil hormon kita akan berubah diri kita 360 darjah. Kalau dulu suka, tapi bila hamil boleh jadi tak suka dan sebaliknya. Jadi jangan bongkak atau riak jika kita membenci atau menyukai sesuai. Bila bila masa sahaja Allah boleh tarik balik. Berbalik pada cerita Ms J tadi, bayangkan satu packet nestum pun tak cukup. Tambah pula ditambah dengan oat memang rasa sedap. Pekat dan lemak manis tu perrrghh rasa meleleh air liur.hehe